Sunday, June 26, 2011

Mengalah atau Berputus Asa????

Bismillahirrahmanirrahim...
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful...


Masuk minggu ke enam untuk sem ni. Sem yang agak memenatkan berbanding sem-sem yang lepas.. Mungkin juga sem yang agak tough bagi orang yg allergic dengan physics, air pressure apa sume benda nak alah kejuruteraan tu macam aku... tapi tak pe..adat belajar kan.. Kalau semua nak senang and rilex je baik tak yah belajar!!

Berbalik kepada topik.. MENGALAH atau BERPUTUS ASA.. Mesti semua makhluk dekat dunia ni penah rasa "down" and macam rasa putus asa je kan.. Tak kira la dari segi pelajaran ke,, pengurusan kewangan, pengurusan rumah tangga,,,pengurusan diri,,, pengurusan awek....ehh...ad ke??? Mesti pernah rasa mengalah dalam kehidupan ni. Kalau semua orang tak pernah rase putus asa sikit pun.... tak kan lah muncul perkataan LIFE IS SUCK... betul tak??



Rasa mengalah dan putus asa ni sebenarnya lumrah manusia.. Sememangnye manusia ini hanyalah makhluk yg tidak lepas dari sifat-sifat ketidaksempurnaan. Kalau korang rasa "down" sangat, ap yg korang nak wat?? Kalau korang kurang cerdik,, mungkin ni alternatif2 yg akan di pilih untuk lari dari masalah:

1. Telan racun or ubat penenang banyak2 macam makan gula2
2. pura-pura gila..nanti kene hantar tanjung rambutan,, kire dah lari dari masalah la tu kan??
3. makan banyak2.. bia obesiti,, lepas tu peratusan kene penyakit kronik akan menaik dengan
banyaknya.. tinggi sikit chance nak tinggalkan dunia ni..
4. Terjun laut..
5. Alternatif terakhir, kalau takut air nak terjun laut, bukak mr. google.. cari lokasi sebenar KB
MALL ..... pastu terjun kat situ (jgn lupe panggil bomba dulu ramai2)

Tu alternatif kalau korang rasa korang kurang cerdik la.. Tapi cuba fikir balik kenapa mesti rasa putus asa?? Kenapa mesti mengalah?? susa sangat ke hidup korang?? Masalah takde duit?? Cuba kau tengok bangsa rohingnya yang jadi pelarian dkat Myanmar tu,,, nak makan sekeping roti yang 60sen(sekarang da 70sen) tu pun susa.. Tak de pun dorang tu putus asa.. Masalah gagal test?? Bukan ko sorang je yg gagal.. Kalau kumpul pelajar2 universiti satu dunia ni yg penah gagal,, rasa2 nye melambak kowt.. Masalah dengan kawan-kawan? Pergi la cari kawan lain. Masalah peribadi?? Okey...jangan biarkan ianya peribadi,,kongsi masalah dengan orang yg boleh percaya.... Masalah dalam percintaan?? Pergi la kawen.. Masalah dengan awek/pakwe???? Pergi cari yg baru... mana lah tahu ley jumpe lisa surihani ke tiz zaqyah ke..betul tak? hee

Ok... cara sebenar nak atasi masalah putus asa tu selain dari alternatif yang kurang cerdik di atas.......... cuba fikir sejenak....

17tahun/20 tahun/30tahun/40tahun (ikut umur korang ea) dahulu,,, kau adalah 1 dari berjuta2 sperma yang masuk ke dalam rahim mak kau... Untuk menjadi seketul darah dan segumpal daging,,, kau telah membunuh dan memusnahkan berjuta-juta harapan adik beradik kau yang lain untuk melihat dunia ni....



Ye.....kau adalah seorang pemenang.... Kau bercambah menjadi fetus.... Dan apabila tiba masanya,,, kau lahir ke ke dunia ini,,, laungan azan menyambut kelahiran engkau.. Kau membuka mata untuk melihat wajah mereka yang membawa engkau ke dunia ini.. Kau mula mengenal cahaya... kau mula merasai angin...




....kau adalah yang TERPILIH..... yang terpilih untuk meneruskan harapan berjuta-juta adik beradik kau yg terkorban semata-mata untuk memberi peluang kau bernafas!!!!!

Tetapi mengapa setelah berbelas-belas/berpuluh-puluh tahun,,, kau semakin lemah????!! Mengapa baru sekrang kau mengalah???? Berpuluh2 tahun dahulu kau adalah juara,,,, sekarang kau tak lebih dari seorang pecundang?????

Hidup ini satu ujian dan cabaran.... walau sebesar mana pun masalah yg kau hadapi,, ingatlah

TUHAN TIDAK AKAN MENGUJI MELEBIHI KEMAMPUAN HAMBANYA...


Kau rasa hidup kau susah??kau rasa kau banyak masalah????

Macam mana dengan mereka yang duduk di kaki lima untuk mengharap sesuap nasi???
Macam mana pulak dengan mereka yang berada di dunia ini sebatang kara?????
Macam mana dengan mereka yang pergi ke dewan kuliah tanpa tangan atau kaki??????

Pernah kau fikir ke... sebesar mana masalah yg engkau hadapi,, serumit atau sepahit mana,,, ramai lagi yg kurang bernasib baik dari engkau.. Mengapa mesti putus asa?????

Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat ALLAH ialah orang yang kafir..

Walau apa jua rintangan yang mendatang,, percayalah ianya adalah untuk menguatkan hati yang kian rapuh.. Jika ingin mencari sebuah ketenangan...yakinlah yang anda cari itu ada dalam zikrullah dan ayat-ayat ALLAH yang indah.... semoga segala masalah yg di hadapi di dunia ini di lalui dengan penuh ketabahan dan kekuatan hati...


#teknik penulisan telah diubah berbanding post2 terdahulu,,,sebuah transformasi ke arah penulisan yg baru,,,apa2 komen dengan penulisan yang baru,,boleh ditinggalkan di ruangan yg di sediakan....tq



5 comments:

  1. Post yg sangat memberi semangat Is. TQ :)

    ReplyDelete
  2. nice....nk copypaste leh..hihihi

    ReplyDelete
  3. thanz....copy je...no hal...tp ltak kredit ea..heee

    ReplyDelete
  4. thanks. it was nice..sy rs kembali bersemangat.. (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...