Saturday, January 28, 2012

Manusia Dengan Manusia..


Bismillahirrahmanirrahim,,
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful,


Salam and have a nice weekend peeps. Hujung minggu kali ni tidak lagi berada di rumah seperti selalu. Semester perkuliahan yang baru dah pun bermula.. Sangat membosan apabila hanya jasad je yang berlegar-legar dekat universiti ni,hati masih lagi tertinggal dan tersimpan dengan rapi kat rumah. Truly masih belum dapat lagi momentum untuk semester baru ni. Tapi tak mengapa, just follow the flow..momentum tu akan datang dengan sendri..=)

Whatever is it, apa yang aku nak conteng kat sini bukan pasal semester yang baru bermula ke, subjek yang aku ambil ke, berapa jam kredit ke, or resolution untuk new semester, takde mood langsung pasal tu semua ok and korang pun taknak ambil tahu.. Betul tak??

Apa yang aku nak highlight kali ini ialah hubungan manusia dengan manusia. Ya, manusia dengan manusia, kalau pasal dengan tumbuhan ke dengan benda tak hidup ke lain kali je la ye. Hubungan manusia dengan manusia.Macam simple kan? tak ubah macam part akhlak subjek Pendidikan Islam menengah rendah dulu-dulu. Tapi benda yang simple ni la kadang-kadang kita langsung tak ambil peduli.. Maklumlah..simple sangat!!!!

Ok.... straight to the point. Korang perasan tak. Selalunya kalau manusia buat silap dengan ALLAH or buat apa-apa yang di tegah dalam agama, ramai manusia di luar sana yang mula mencaci or memandang sinis dengan sebelah mata..opppss..mungkin bukan hanya dengan sebelah mata, tapi tak pandang langsung!. Contohnya, andai kata kita ada kawan yang mengandung anak luar nikah ke..(contoh je taw, mintak-mintak di jauhkan), mestilah kita pandang sinis kan. Mula lah kita cakap si yy ni memang gedik, perangai tak pandai nak jaga, bersosial tak ingat dunia, memang padan lah dengan muka dia!. Then bila kita jumpa si xy ni pulak yang buat apa-apa kesalahan tak kira besar ke kecik, ayat paling biasa yang akan kedengaran... " dahlah muka buruk, perangai pun buruk jugak!" Am I right?? Lagi menyedihkan kalau dengar " perangai macam @#$@!, mak bapak tak pernah ajar ke?!"...ishhh

Bila orang lain buat silap je, orang lain buat dosa, bermula lah epidode hina-menghina dan caci mencaci secara berjemaah oleh sekumpulan manusia yang konon-kononnya tak buat silap ni. Daripada perangai dia di caci, sampai lah fizikal nya dan family dia. Tak matang langsung cara mencaci tu tawu!.Mungkin manusia-manusia yang mencaci ini terlupa bahawa there is always room for betterment...orang yang buat salah pada hari ini mungkin esok hari adalah seorang insan yang jauh lebih baik dari kita.

Pernah tak terfikir, mungkin satu masa orang yang tadi kita hina dan kita caci tu satu hari nanti akan mendapat hidayah ALLAH dan dengan izin ALLAH, dia bertaubat dan menjadi muslim or muslimah yang sejati dan dosanya di ampunkan. Tak mustahil kan? hidayah itu milik mutlak ALLAH.

and..abila orang-orang yang di caci tu dah berubah..apa yang tinggal??

Yang tinggal ialah dosa-dosa kita yang dahulunya mencaci beliau sama ada secara bejemaah atau tak tu. Sangat merugikan kita dahulu tidak membantunya untuk kembali ke jalan yang benar,, malah kita herdik mereka dan sisihkan mereka. kalau kita berdosa dengan manusia, kita perlu mintak maaf dari manusia tu sendiri,, betul tak?? So kat mana kita nak cari manusia-manusia ni untuk kita minta maaf. Boleh cari ke?? Kalau kita jumpa, sangat-sangat lah bertuah,, terus minta maaf ye. Tapi persoalanya kalau kite tak jumpa.. mereka telah bertaubat dan berubah,, tapi kita??? Kesalahan kita mengutuk,mencaci, mengherdik dengan hina dan dinanya, mensisih dan yang seangakatan dengan nya tu macam mana?? Sama-samalah kita fikirkan ye.



So, to be short and precise, apabila kita terdengar orang lain melakukan kemungkarana or kita berjumpa sendiri dengan orang yang melakukan kemungkaran itu, jangan sesekali kita memandang rendah kepadanya. Kita sama-sama bersaudara, jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa saudara kita ke jalan yang benar. Mungkin hari ini mereka melakukan khilaf, siapa tahu esok lusa, Nasib hidup dan pilihan lain hukum setiap insan..

Sama-sama kita menjadi insan yang lebih baik..


3 comments:

  1. keampunan sesama manusia ag susah nk dapat dibanding'n keampunan drpd Allah

    ReplyDelete
  2. penulisan yg baik..teruskan menulis ye dik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...