Sunday, April 22, 2012

Sahaja Aku Mencintaimu..

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Seorang gadis berjalan keseorangan,, dengan langkahan kecil.. menarik mana-mana mata yang memandang. Biar di panggil berkali-kali, terus meneruskan perjalanan tanpa membuat sebarang tolehan.

Seorang jejaka berjalan menuju ke destinasi, merendahkan pandangan mata,, melangkah tanpa melihat tepat ke hadapan,, kerana takut pandangan tertangkap pada mana-mana dara yang menarik pandangan kalbu.

Sejauh mana gadis tadi itu berjalan.. seberapa banyak mana sapaan di abaikan, apabila sampai di hadapan entiti lelaki yang meredupkan pandangan mata dan hatinya,, pasti gadis itu berhenti berjalan, berbunga hatinya, luluh jiwanya, dan mula menyambut sapaan.. kerana gadis itu adalah gadis di penghujung zaman,, yang bercita-cita menjadi wanita solehah...

Sebanyak mana langkahan jejaka yang merendahkan pandangan matanya, apabila berhadapan dara yang di sembunyikan di dalam hati,, cukup sekadar jelingan anak mata dan sedikit lirikan di bibir, pasti bergetar hatinya, berdetak pantas nadinya, kelam  kabut langkahan nya, mula di angkat pandangan matanya.. kerna jejaka itu adalah jejaka akhir zaman,,, yang sedang mencari jalan ke arah kesempurnaan hati, walaupun tidak mungkin akan di jumpai...

Banyak gadis berkata " jika mencintai diriku, berjumpalah dengan waliku",, tapi apabila lafaz cinta di depan mata, kata hanya tinggal kata... tidak lebih dari itu...
Banyak jejaka berkata, 'tidak akan ku cari si gadis, kerana gadis untukku telah tertulis sebelum bertemunya lautan dan bumi',,, tapi apabila terpandang kelibat sosok dambaan hati,,dia mula mengejar, dengan berbagai-bagai cara,, walau kekadang tidak di endahkan si gadis,.. di katanya,, 'tidak ada perkataan  menyerah dalam kamus hidupku'.

Kau dan aku, kamu dan mereka..kita semua ada lah sama. Tiada bezanya. Punyai rasa cinta kurniaan Pemilik Segala Cinta...

Apabila cinta memenuhi rongga2 kekosongan hati yang mahu di isi,, terdetik di hati, berpadu indah dalam niat....

"Sahaja aku mencintaimu",, 

lebih indah rasa yang berpadu itu, jika ia berpaksikan....

"Sahaja aku mencintai-MU'..

Biar beribu rasa cinta pada hamba dan dunia hadir dalam diri aku dan kamu, dia dan mereka, biarkan lah ia berlandas cinta pada NYA....

Sebelum terdetik dalam hati, 'sahaja aku mencintaimu',,, biarlah bergema dengan indah di ruang jiwa ini.... 'sahaja aku mencintai MU'

Biar berpadu dengan indah, cinta yang di cari dengan cinta yang di junjung.... Biar tersemat di hati, cinta yang hakiki, sebelum cinta yang sejati... Biar bertemu dahi dengan sejadah,biar mengalir jernihan air mata cinta, biar teguh cinta pada Illahi,, sebelum tersarung nya cincin di jejari runcing cinta yang di cari....

Biar bertemu cinta yang di damba hati, tatkala kukuh cinta pada Pemilik Segala Cinta... 
Semoga cinta yang di cari,, di jumpai dalam cahaya.. bukan dalam malap kegelapan..

Semoga berpadu dalam mihrab cinta, cinta kepada hamba yang berpaksikan cinta kepada PENGUASA ALAM...


dalam lelah, dalam resah,
dalam bimbang hilang arahku
kerana jiwa yang meronta,hampa segala tanpa chayaMU
Dipintu kasihMu hatiku mengadu,
didalam gelapku memohon ampunMu,
Kasihani aku.Terangi jiwaku.
Sinari hidupku...
yang berharap belas kasih,
dan berharap maaf untuk segala salah 
dan dosa dari hitam dilangkahku,
semoga Engkau beri setitik cahaya terang,
sebelum masa hilang dari pandangan,"

Semoga cinta di hati aku dan kamu, dia dan mereka.... adalah kerana ALLAH dan berlandaskan  agama Nya.

~nota kaki hari ini:

# membuat entri  setelah penat mengira dan memahami benda yang pelik2.... sapa kata pelajar yang pernah berada di fakulti sains hayat dan berada di fakulti  kejuteraan tak pandai buat entry jiwang2..=) 
#tutup blogspot..eject broadband,, shutdown laptop,, ada 3 test minggu ni sebelum final,, erk 3 ke 4 tak tahu la.semua belom cover...akan di jamakkan semuanya malam ni...






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...