Saturday, April 21, 2012

Kau Tahu Apa Tu Tanggungjawab??

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Penat rasa badan ni. Sejak-sejak ni memang sangat sibuk. Nak buka blogspot ni pun tak berkesempatan. Apatah lagi nak post entri baru... sampaikan shopping pun semua online je......... Ohh ya..baru lepas test 2 computational methods.. subjek yang lebih banyak menguji mata dan jari  daripada otak....and its so frustrating bila kertas baru submit. member sebelah tanya. 'Kau tak darab coefficient ke..'.ushhhhh.. BILA LAH YANG KAU TAK CARELESS NII ISSS!!!!

Baru je siapkan satu projek KUMPULAN.. Projek yang ringkas...menghasilkan process flow diagram. Alhamdulillah mungkin projek dan assignment yang terakhir untuk sem ni. Final will coming so soon.. Erkk... tapi kenapa perkataan 'kumpulan' tu di huruf besarkan yee.... Sebab mungkin ada orang tak tahu apa maksud KUMPULANN!!

Berbalik kepada tajuk... aku saja je menyelitkan 'kumpulan' sebab ia berkait dengan tanggungjawab. Tanggungjawab dalam menyiapkan kerja-kerja kumpulan.. Pernah tak korang tengok dalam menyiapkan tugasan berkumpulan, ada individu yang langsung tak ambil peduli dengan tugasan yang di beri.... buat ke tak... hantar ke tak..apa ke... atau lebih tepat lagi pernah tak korang alami?? Alami apabila ada kerja berkumpulan hanya korang sahaja yang sibuk bertungkus lumus buat itu ini sementara rakan sekumpulan korang tu melayan perasaan mereka dengan Titanic 3D sambil menyuap popcorn ke mulut dan bersenang lenang meneguk coke . Sehinggalah pada hari penghantaran kerja, dengan muka selamba bertanya "kerja kita dah siap belom erkk"... ..dan.....berlalu pergi.. Pernah tak??? Kalau tak,, tahniahhh.. korang dikelilingi oleh orang yang bertanggungjawab!!

Macam mana pulak kalau pernah??? Kalau pernah bermakna korang sedang duduk di dunia nyata!...  Sabar je la ye.. Satu ujian.. Mungkin sahabat korang tu masih kanak-kanak.. Belom ada sense of responsibility lagi dalam diri,....baru mumaiyiz..belum baligh...mungkin lepas dia matang... dia tahu apa tu tanggungjawab...(__!) So kepada sesiapa yang rasa-rasa dia ada kerja berkumpulan... tolong lah consider sahabat sekumpulan korang yang bersengkang mata di temani suara Yuna dan sesakali Najwa Latiff dengan selingan bunyi hujan semata-mata untuk menyiapkan tugasan korang bersama... Kesian kawan korang tu awek merajuk berhari-hari pun tak sempat nak pujuk sebab buat kerja yang patut nya kena buat sama-sama tu...

Benda macam tu baru sekadar contoh tanggngjawab yang mudah dan ringan.. Belum masuk tanggungjawab yang lebih dari itu seperti tanggungjawab kepada agama, pekerjaan atau pelajaran, ibu bapa, suami, isteri,masyarakat sekeliling, alam sekitar dan sebagainya.. Tunaikan tak tanggungjawab tu semua?? Sila tunaikan yang hak ye...=)

Nota kaki hari ni:..

#kepada perempuan2 yang membaca entry ni, kalau anda kenal dengan lelaki-lelaki yang tak mampu jalankan tanggungjawab sesimple tanggungjwab buat kerja kumpulan tu,, di nasihatkan jangan memilih lelaki jenis ini sebagai suami anda sebab kemungkinan dia untuk menjadi suami yang bertanggungjawab itu agak rendah..

#kepada mereka yang ada kerja-kerja kumpulan,, sila considered ahli kumpulan anda tu,,, their patient has a limit...

#kepada sesiapa yang merasakan dia tak tahu maksud tanggungjawab, sila dapatkan kamus dewan edisi 11 di kedai buku popular ataupun MPH berdekatan... Lepas tu cuba untuk berubah menjadi orang yang lebih memahami tanggungjawab dan amanah..

#kalau ada sesiapa yang terasa lepas baca entry ni... maaf di pinta atas segala kesalahan. Entry bersifat general.. jangan perasan ianya berkaitan dengan anda sorang...tq..


 



2 comments:

  1. tudiaaaaaaa....bile is berkata-kata..hahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...