Wednesday, November 21, 2012

Aku Bukan Kau dan Kau Bukan Mereka


Lebih separuh dari percutian akhir semester di lalui.. tinggal sebulan lebih je lagi untuk menyambung perkuliahan.. well,, everyday in the holiday is a nice day.. bangun pagi tanpa sebarang beban,,, tidur malam tanpa perlu memikirkan ada test mahupun exam ataupun assignment yang perlu di siapkan... berehat-rehat dengan tenang sambil menukar siaran tv satu per satu.. indahnye hidup!!

Ya,, terlalu indah dan tenang,, sampai kita semua terlupa ada saudara kita di tanah seberang sana di hujani peluru-peluru,,, hospital-hospital di sebelah sana di penuhi mangsa-mangsa pengeboman,, kanak-kanak di bawah langit sebelah sana di label sebagai penyambung generasi pengganas... keluarga-keluarga di pelusuk sebelah sana kehilangan mata pencarian dan tempat berlindung..

Sedang mereka dalam ketakutan,, manusia-manusia di bawah langit sebelah sini di hidangkan dengan Anugerah Industri Muzik,, AJL,,, dan berbagai-bagai lagi rancangan yang melupakan diri kita sejenak dari penderitaan masyarakat sebelah sana...

"masyarakat di timur tengah memang ganas berbanding bangsa lain,... politik mereka kucar-kacir,, serangan Israel ke atas bumi Gaza adalah kerana politik..Hamas telah menjadi dalang serangan terhadap orang awam"

Mengapa segelintir kita mangatakan begitu??

Kerana kita bukan mereka... 

Kita tidak pernah merasai apa yang mereka rasai,,,, kita tidak pernah melihat orang awam yang tidak tahu-menahu di bunuh,,,, kita tidak pernah terfikir anak kita akan menjadi mangsa kepada peluru-peluru,,, kita tidak pernah melihat rumah yang kita duduki menjadi abu kerana di bom,, kita tidak pernah mendengar hospital-hospital negara kita sesak dangan orang-orang yang tidak lengkap anggota badan,, dan kita tidak pernah melihat tanah yang kita pijak merah berlumur darah manusia!!

"aku dah update status kat fb.. I hate Israel... aku dah tweet,, save gaza!... aku dah post gambar boikot barang itu dan ini"

tapi sudahkah aku mengangkat tangan berdoa untuk mereka di sana?? aku hanya memerangi mereka di laman sosial.... aku hanya menunjukkan cintaku pada saudara ku melalui jaringan sosial tetapi cinta itu sama sekali tak bertaut di hati..

Kerana aku masih mengganggap aku bukan kau yang bersifat extrimis!.. aku bukan mereka yang sentiasa bermandi darah... kanak-kanak yang menangis itu bukan anak mahupun adikku... tanah yang di ceroboh itu bukan tanah ku.. peluru dan bom-bom itu bukan di tujukan kepada ku!

kita melihat wajah mereka berbeza dengan kita,, kulit mereka sedikit berbeza warna,,, rambut mereka juga berbeza,, mereka bertutur dengan bahasa yang berbeza,,,,

sehingga kita terlupa mereka mempunyai darah yang sama merahnya dengan kita,, mereka mempunyai detak jantung yang seirama dengan kita,,, mereka merasai kesakitan yang sama dengan kita apabila terluka,, mereka merasai kesedihan yang sama dengan kita apabila kehilangan,, mereka mahukan keamanan yang sama dengan kita,,, mereka mahukan kenyamana tanpa sebarang bunyi letupan..sama seperti kita,,,

Mereka juga manusia.. sama seperti kita.... tiada bezanya nilai darah aku, kau dan mereka,.. dan yang paling penting,,, kita dan mereka memandang ke arah kiblat yang sama, percaya akan pegangan yang sama,

Bukankah setiap muslim itu adalah bersaudara, tapi mengapa tidak kita merasakan anak yang menangis berlumur darah itu adalah anak kita??


seberapa tebalnya sifat aku bukan kau,, dan kau bukan mereka ada dalam diri kita sehingga kita tidak merasakan bahawa yang dalam ketakutan itu adalah saudara kita??


kita mungkin tidak mampu memaksa genjatan senjata di lakukan kerana kita tiada kekuasaan politik, kita mungkin tidak mampu memberi terlalu banyak bantuan dan memaksa pihak yang bertanggungjawab menghentikan serangan kerana kita tiada kekuasaan ekonomi..

Tetapi terlupakah kita,,, kita masih mampu berdoa untuk mereka di setiap langkah kita.. kita masih mampu berdoa untuk mereka dalam setiap sujud kita.. jika kita yakin kita bukan sampah yang tak mampu berbuat apa-apa,, mengapa tidak kita mengangkat tangan kita,, berdoa untuk kesejahteraan mereka?

kerana  doa itu adalah senjata yang paling ampuh,,, bagi setiap mukmin yang percaya







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...