Monday, December 3, 2012

Best Korean Drama 2012


Memandangkan aku sekarang mempunyai masa terluang yang sangat banyak.. maka banyak la drama-drama yang berjaya aku habiskan sepanjang percutian ni. Untuk kali ni aku akan recap top 3 drama dari korea yang telah nominated untuk korean drama award yang akan di umumkn keputusan penuh pada tahun hadapan... list ni bukan daripada aku tapi dari undian orang ramai ye =)


1. Faith / The Great Doctor..

Dekat korea drama ni menggunakan nama Shinui,, ataupun faith.. tapi bila di komersialkan, tukar pulak jadi the great doctor. Mendapat undi lebih 4000 dalam masa seminggu undian di buka.. Really tell how strong this drama right?


Bertemakan cinta time travel mengisahkan seorang general dari zaman dinasti Goryea, Choi Yong yang merentas masa ke tahun 2012 untuk mendapatkan seorang doktor demi menyelamatkan nyawa permaisuri yang yang tercedera sewaktu perjalanan untuk pertabalan di raja.. Kalau korang tak pernah mengetahui sejarah General Choi Yong yang terkenal kat korea tu, boleh baca kat sini..

Kalau korang berminat dengan lakonan lee min ho dalam boys Over Flower, Personal Preferance mahupun City Hunter,,dalam drama ni Min ho memegang watak General Choi Yong,, tak banyak bezanya dengan watak Lee Yoon Sung dalam City Hunter,,, masih lagi seorang mesin bunuh yang hebat..

Bagi aku apa yang menarik dalam drama ni ialah chemistry yang di wujudkan antara Dr. Yoo Eun Soo yang di lakonkan oleh Kim Heo Seon dan juga Choi Yong (Lee Min Ho).. tapi ending dia agak twist sikit..



Aku memang recommend cerita ni.. 20 episode yang penuh dengan scene-scene menarik..

2. Arang And The Magistrate..

Akhirnya, sesuatu yang segar dari korea,,, tiada kene mengena dengan time travel mahupun story mengenai raja2,,,  Plot cerita yang sangat unik.. apa tak nya,, pernah tak korang terfikir mengenai cerita dari persepsi seorang hantu??? *penjodoh bilangan untuk hantu "seorang" ke*


Arang and the magistrate (Alangsattojeon)   mempunyai keunikan tersendiri.. Cerita bertemakan romantik, fantasi dan juga supernatural.. berkisar seorang gadis yang merupakan anak hakim di sebuah daerah terpencil yang mati dengan penuh misteri. Selepas kematiannya, roh gadis tersebut bangkit tetapi hilang ingatan, dan di gelar Arang di kalangan hantu-hantu.. hidup sebagai hantu yang berkeliaran selama 3tahun, akhirnya Arang membuat keputusan untuk mencari punca kematiannya dan mengingat kembali kisah hidupnya..

Untuk mendapat pembelaan kepada kematiannya, Arang telah mendampingi seorang hakim yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan hantu ataupun roh.. Setelah itu,, kisah hidup Arang mula terurai sedikit demi sedikit. Arang mula mengingat kisah hidupnya, namanya dan juga perangai nya ketika hidup. Ketika hidup, Arang merupakan gadis yang pendiam, menjaga tertib, dan telah bertunang sebelum di temui mati dengan keadaaan sangat misteri dan  diselubungi perkara-perkara ritual ataupun mistik.Get it??


bagi aku, plot cerita ni sangat menarik,, segar, sesuatu yang unik. Jika anda mengangap drama ini memaparkan kisah hantu yang seram-seram, sangkaan anda meleset. Arang merupakan hantu yang sangat ceria dan degil.,,..dan.... Arang sangat sweet okayy. tema cinta antara Arang ketika hidup dengan tunangnya dan juga Arang yang telah mati  dengan hakim sesuatu yang sangat menarik..

Antara drama korea yang menarik hati aku sepanjang tahun ni. Satu ungkapan untuk cerita ni.. Arang make this drama really beautiful in its own way

3. Innocent Man

Tajuk cerita ni sebenarnya Sesang Eodiedo Eobneun Chakhan Namja (the Nice Guy Never Seen Anywhere In The World), di komesialkan dengan nama Innocent Man.. Mendapat undian 3000++ dalam masa seminggu,., seribu kurang daripada Faith. 

Membawa tema melodrama, berkisarkan seorang lelaki yang ingin membalas dendam kepada perempuan yang di cintai nya melalui perempuan lain. sesuai dengan konsep melodrama, drama ni lebih banyak bermain dengan kata dan emosi.


kalau ikut pendapat aku, cerita ni mempunyai turun naiknya dan aku kategorikan sebagai biasa-biasa je. Episode pertama agak menarik dengan memaparkan watak Kang Ma Ru (Song Joong Ki), seorang pelajar kedoktoran tahun ke 3 meninggalkan pengajiannya semata-mata untuk menyelamatkan kekasihnya Jae Hee (Park Si-Yeon) yang telah membunuh orang dengan tidak sengaja.

Setelah keluar dari penjara, kehidupan Ma Ru mula kehilangan arah dan di takdirkan semula untuk berjumpa dengan Jae Hee tetapi keadaan telah berbeza. Jae Hee telah berkahwin dengan Direktor sebuah syarikat ternama dan mempunyai seorang anak tiri, Suh Eun Gee (Moon Chae Won). Untuk membalas dendam kepda Jae Hee, Ma Ru telah menggunakan Eun Gee, tanpa di sedari dirinya telah jatuh cinta dengan eun Gee. Plot cerita ni berkembang apabila Ma Ru membiarkan dirinya terlibat dalam kemalangan dengan Eun Gee  kerana telah hilang semangat untuk terus hidup. kemalangan tersebut membuatkan Eun Gee hilang ingatan secara total dan Ma Ru mendapat kesan sampingan pada kepala. sehingga akhirnya Ma Ru menyelitkan harapan di dalam hati,  
"semoga di kelahiran yang akan datang, aku akan bertemu dengan Suh Eun Gee lagi dan pada saat itu aku ingin bercinta denganya seperti layaknya orang biasa-biasa, dan mulai nya dari awal" (Innocent Man eps 20,kang Ma Ru,2012)


Perjalanan cerita ni agak lambat berbanding Faith mahupun Arang. Lebih banyak bermain perasaan dan kata. One word untuk cerita ni.... Suh Eun Gee.. Chae Won yang membawa watak Eun Gee yang baru sahaja menerima korean best actress award dan juga best couple award pada tahun 2011 menerusi drama Princess' Man sekali lagi menunjukkan kemampuan berlakonnya. Kali ni Chae Won cuba menonjolkan watak Eun Gee yang degil,mandiri. penuh dengan kebencian dan ketidakpercayaan serta mempunyai pandangan yang menakotkan melalui ekor mata..menggoda tuuu...auwww..


Tapi rasanya watak Princess Se Ryung yang dilakonkan Chae Won dalam Princess' Man tu lagi hebat. Yupp..dalam banyak-banyak drama korea yang aku tengok, Princess' man paling best aku rasa,.. sebab tu lah menang best korean drama award untuk tahun lepas kan..



#aku bukan peminat drama korea ke apa, aku just tengok apa yang best bagi aku.. kalau hari ni aku tengok drama korea, mungkin besok lusa aku tengok drama dari thai, filipine. zimbabwe pun mungkin =)



7 comments:

  1. mcm best...ni rase nk p carik ni....heheh

    ReplyDelete
  2. bole download kat sini http://kdwes.org/

    ReplyDelete
  3. baru je habis cerita innocent man..n citer tu sgt sedih

    ReplyDelete
  4. citer arang 2 mmg best...x rugi tgk...huhu sweet r junki n min ah

    ReplyDelete
  5. Yup setuju ! The princess man mmang terbaik !!!

    ReplyDelete
  6. can download korean dramas here http://kdwes.org/

    ReplyDelete
  7. Hotels Near Hotels Near Casinos & Resorts | Mapyro
    Hotels near Casinos & Resorts | Mapyro Hotels Near Casinos & Resorts locations Where to stay near 충청남도 출장마사지 a casino? Find hotels 삼척 출장안마 near 김해 출장안마 casinos 남원 출장마사지 by GPS. 세종특별자치 출장안마

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...