Bismillahhirrahmanirrahim
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful
Meneruskan pengembaraan kehidupan yang penuh suka dan duka. Ana meneruskan langkah ke Melbourne membawa harapan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Walaupun pada dasarnya hati ana sedikit berkecamuk dan merasakan suatu kehilangan, ana tetap memikul amanat yang diberikan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ana dalam pengembaraan mencari keredhaan Illahi.
8.40malam...di balai berlepas KLIA, dengan perasaan hiba bercampur-baur dengan sesuatu yang tidak pasti. Pensyarah ana memberi amanat terakhir kepada ana..
' saya amat mengharapkan awak selaku pembimbing siswa INTEC dapat mengetuai kumpulan ke Melbourne. Saya tahu kemampuan dalam diri awak. Selamat 'bermain' dengan kemampuan sebenar'.
Ana mengerti akan amanat itu. Tetapi bukan perkara itu yang bermain dalam kotak fikiran ana.Bukan quiz kimia yang ana fikirkan. Sebaliknya neuron2 ana sedang memikirkan sesuatu yang lain. Perasaan ana membawa ana jauh. Fikiran ana terus melayang. Memikirkan sesuatu yang ana tak pasti..atau ana yang buat-buat tak pasti??? Bialah ana simpan sahaja di dalam hati. Seorang sahabat ana menyedarkan ana dari terus sesat dalam perasaan yang menganggu.
"ooi..nape diam jer ney?? Ko kan selalu buat ktowg ketawa..nape ney?? Macam orang mati bini jekk...hahaha".. Ana tidak mengendahkan sapaan itu dan terus diam seribu bahasa.
8.55malam...handset dimatikan. Semua duduk di tempat masing-masing. Pesawat akan mula memacu di awan biru.Meninggalkan bumi malaysia beribu-ribu kilometer untuk seminggu...Juga meninggalkan tentang apa yang ana fikirkan,,mungkin untuk selama-lamanya kerana itulah realiti.. Tetapi ana tahu ana tak mungkin mampu mengikisnya dari kotak fikiran ana..Sesungguhnya ana merasakan diri ana sangat lemah dan tak berdaya...ana merasakan diri ana kehilangan sesuatu.. ana merasakan suatu ketidaksempurnaan. Ana merasakan suatu kerinduan yang terpendam
Tidur malam nyanyikan lagu,,,
rindu hatiku yang terpendam,,,
bintang malam lukis wajahku,,,
katakan aku pergi...
genggamlah cinta yang ku berikan,,,
simpanlah selalu dalam hati,,,
ku akan selalu dalam mimpimu,,,
menemani tidurmu...
~khatimah cinta~
"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya engkaulah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Hidup dan matiku hanya kerana-MU Ya Allah. Kasih dan sayangku hanya atas keizinan-Mu dan berlandaskan kepada-Mu. Takdirku di tentukan oleh Mu Tuhan Yang Maha Adil."
No comments:
Post a Comment