Friday, November 27, 2009

Nur Kasih - Cinta dan Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim...





Hari ini berakhir lah sudah episod terakhir siri Nur Kasih. Drama Nur Kasih sebanyak 26 episod ney memang menjadi 'kegilaan' student2 CFSIIUM, INTEC. Budak2 asasi UiTM Shah Alam pun lebih kurang jugak. Setiap hari jumaat, pukul 9malam jer beramai2 lah pelajar2 INTEC n UiTM Shah Alam duduk dihadapan tv dan melayan cerita Nur Kasih ney..jiwang gak dak2 INTEC ney erk..hehe.. Lepas ney nampaknya Jumaat malam dah free ar sbb citer ney pun dah habis..haha..

Bagi ana, cerita ney memang mempunyai tarikan yang tersendiri. Mewujudkan sebuah persepsi baru dengan mengangkat tema cinta dan pengorbanan. Nur Kasih mengisahkan dua beradik yang mempunyai karektor yg sangat berbeza menjalani kehidupan mereka.....sebuah perjalanan yang menuntut pengorbanan..diuji dengan kedukaan yang dilalui dengan kesetiaan, ketaatan, kasih sayang dan ketabahan....mencari jalan keredhaan Illahi..

Apa yang hendak dilihat dalam siri ini ialah sebuah permata yang terselit disebalik mesej yg ingin disampaikan... sebab itulah apabila lecture2 menanyakan mengapa pelajar2 INTEC suka layan feel Nur Kasih, jawapan kami amat mudah......ingin mencari permata yang terpendam..he2

Apa2 pun ana memang kagum dengan jalan cerita ney.... Bagi ana ianya jelas menunjukkan erti pengorbanan, cinta, ketetapan Illahi dan hikmah disebalik setiap yang berlaku..


Nasib hidup dan pilihan,
lain untuk setiap insan,
mengharapkan perjalanan,
dalam maya kesamaran,

aku kembali kerana masih,
mencari yang hakiki,
sinar pasti,
janji suci yang abadi.

~nur kasih~


klik disini untuk link nur kasih..
klik disini untuk download nur kasih








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...