Thursday, October 7, 2010

Saatnya ku Menoleh - Apakah yang di kejar 2-

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Dingin malam mencengkam tubuh..melonglaikan jiwa yg sedia lemah. membekukan hati yang kian rapuh. Dalam gelap mencari sinar. Sebuah makna kehidupan di sebalik imbasan memori.

Saat nya menoleh kebelakang. Bukan untuk berundur,,bukan juga mengalah. Lebih 19tahun mencari definisi hidup. Definisi yg berlainan dari sekadar dalam sebuah kamus tak bernyawa. Sebuah perjalanan di lalui di belakang. Ana rindu akan perjalanan itu. Perjalanan yg mengukir senyuman, membasahi pipi, mencipta luka di hati, menzahir sebuah riang tawa.


Perjalanan seorang budak mentah yg menjejakkan kaki ke tadika 13tahun dahulu. Mula mengenal zaman persekolahan 12tahun dahulu. Tangis dan tawa mengiringi langkah budak yg manja itu. Budak yg selalu mencari ibunya ketika menangis.,, budak yg selalu berkongsi rasa dengan ayahnya,,budak yg selalu berkata-kata dengan akak nya. Seorang budak yg hidup dalam dunianya. Seorang budak yang dikelilingi timbunan buku. Seorang budak yg suka memegang pensel. Seorang budak yang giler kan pengiraan!!!



Masa berlalu begitu pantas. Tetapi kadang-kala difikirkan terlalu lama oleh budak itu. Budak mentah itu mula melangkah ke sekolah menengah. Masih lagi sama seperti sebelumnya. Budak yg akan mencari keluarganya apabila gembira dan kecewa. Meneruskan perjalanan hidup seorang pelajar apabila menolak pelawaan Maktab rendah Sains Mara mentah2. Budak yang lebih rapat dengan timbunan buku daripada barisan manusia


Budak itu melangkah setapak lagi. satu langkahan yang longlai, budak itu bergelar seorang SASERian. Sains Seremban...boarding school yg tak mungkin di lupakan oleh budak mentah itu.


Budak itu mula belajar sesuatu. Belajar dalam mencari dirinya. Mula mengenal kehidupan matrikulasi.Walaupun tak sampai sebulan,, cukup untuk merubah dirinya. Memberi impak yang besar baginya. Satu kenangan yg segar dalam memori nya. Tak mungkin dilupakan selagi ada ingatan pada dirinya. Di situ, budak itu belajar memendam rasa. Belajar menangis keseorangan. Belajar mencari kegembiraan.


Budak itu meninggalkan matrikulasi dengan hati yg berbelah bagi,,,menuju ke sebuah tempat yang sangat sinonim nama nya dikalangan golongan tertentu. Mula mengenal bangunan yang berdiri teguh dengan nama INTEC. Disitu, satu cabaran yg sangat berat di lalui budak itu. Tangis tawa berselang seli dengan pantas. Belajar banyak perkara dan melupakan banyak perkara juga.. Semakin mahir dalam memendam rasa. Semakin pandai menangis dalam kesendirian. Seorang budak yang tidak pernah merasa kegagalan itu semakin lemah untuk melangkah.Budak itu mula terpesona dengan kerdipan bintang malam.. mula belajar untuk menafsir rasa hati..


Akhirnya, budak itu membentuk diri ana. Diri ana yg tak mungkin akan berhenti untuk mencari erti dirinya. Melangkah di sebuah tempat yang tak pernah terfikir oleh nye.Masih wujudkah lagi budak mentah dahulu?. Budak mentah yg teruja dengan pengiraan?. Budak mentah yg sering berkongsi rasa?. Yang wujud ialah seorang remaja yg lemah untuk melangkah,, yg terikat oleh masa.. yg terbelenggu oleh rasa.

Kedinginan malam terus mencengkam. Apakah yg dikejar oleh diri ini? Samakah seperti yg dikejar oleh budak mentah tu dulu? Melihat kerdipan bintang di langit. Jelas terasa budak itu masih terdapat dalam diri. Jauh di sudut terdalam. Menyeka deraian air yg mengalir lemah di pipi. Melihat jalan penuh pengharapan di hadapan. Semoga tolehan kebelakang itu adalah untuk mengutip semangat yg tertinggal semasa melalui jalan itu.bukan untuk melemahkan langkahan kaki.

#rindukan masa2 di rumah, zaman persekolahan, matrik johor n INTEC


Wednesday, September 22, 2010

Pencinta Calculus -Apakah Yang Di Kejar 1-

Bismilahirrahmanirahim.
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...


Melayan perasaan sejenak. Masih memikirkan mimpi yang terkisar..timbul pertanyaan yang berulang-ulang di benak sama seperti mimpi itu yang berulang. Kisah mimpi yang diceritakan dalam post sebelum ney masih menggangu minda yg gagal menjadi pentafsir.

Terlihat buku Chemistry di atas meja. Melihat jadual dihadapan. Calculus yang dirindui. Sudah setahun ana meninggalkan subjek tu. 1st time mengenal calculus semasa di INTEC. Menyaksikan detik terpaut nye hati pada dunia calculus. Tapi hati tiba-tiba meragui. Adakah ana masih mampu mencintai Calculus tatkala di UTP? Adakah cinta itu tetap sama? Setelah setahun ditinggal kan.. Bersua kembali di tempat yg jauh berbeza. Semoga cinta lama itu bersemi kembali.



Melihat VAIO tertera i7 dihadapan, sebuah handset touchscreen di sisi,, Sebuah Sony DSLR di atas meja dan juga buku Chemistry kepunyaan ana. Terdetik di hati. Seorang ahli photography kah yg menghuni bilik ini? Pencinta gadjet? Atau seorang pelajar?? Apa yg ana boleh katakan,, penghuni nya adalah ana sendiri.

Teringat sewaktu zaman persekolah, SMKBT, High School Kluang, Sains Seremban.. tempat2 yg pernah mengajar ana. Terasa begitu mudah. Sehingga lah kepada SPM. Then, kolej Matrikulasi Johor ke INTEC dan dengan kerelaan yg tak pasti akhirnye ke UTP. Tapi mengapa apabila sampai ke destinasi terakhir yg di nyatakan tu terasa begitu sukar??

Terlalai melihat DSLR di atas meja.Terlintas di fikiran, bukankah dulu seorang ahli physic dan kedoktoran, Al-Biruni menuntut ilmu dengan keadaan yg sangat sederhana?. Al Ghazali belajar dalam kemiskinan? al khawarizmi apatah lagi. Di dunia barat Plato mencari falsafah dalam serba kekurangan. Tetapi akhirnya daripada kesederhanaan itu mereka menggegar dunia.

Melihat dunia sekarang. Daripada ana melihat orang lain.. Lebih baik ana melihat diri ana kini. Zaman sekolah dulu pen, kertas, calculator memenuhi meja. Sekarang DSLR, VAIO dan lain2 mengambil tempat. Perlukah DSLR tu untuk menangkap structure ester?Perlukah i7 yg lagi sesuai untuk main game tu untuk menyiapkan sekadar kerja online atau autocad??? (i5 dah la..hee). Melihat keliling, ada yang bekerja sambil belajar untuk menambahkan pendapatan katanya. Ada yang melakukan berbagai2 lagi cara, masuk berbagai2 lagi program untuk menambahkan duit khabarnya. PTPTN sekarang tak cukup beli buku ke?? Biasiswa JPA tak cukup nak bayar hostel?? Atau duit petronas tak cukup nak makan???

Telah di firman kan bahawa sesungguhnya orang yang menuntut ilmu dengan penuh kesabaran dan kesederhanaan adalah orang yang menuju kejayaan.

Wahai Pencipta Alam, aku mohon keampunan Mu. Pegangilah hatiku tuhan yang Maha Penyayang.


Tuesday, September 21, 2010

Mimpi..

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..



Terjaga dari lena dengan fikiran yg tak menentu. Masih terbayang2 ap yg di mimpikan. Entah kenapa baru2 ney ana mendapat satu mimpi yg berulang-ulang. Dah bape kali ulang dah. Tapi yg pelik nye ia berulang bukan dalam tempoh yg singkat.. Tapi berulang selepas setahun.

Terasa sesuatu yg ganjil bagi ana. Sebenarnya, setahun dulu,, sewaktu ana masih di matrikulasi, tidur ana diganggu oleh satu mimpi,,.bukan mimpi seram..tp agak pelik.. Tiga kali mimpi tu berulang sepanjang 3minggu pada tahun tu.....n......kini...setelah lebih setahun masa berlalu.. mimpi tu datang lagi. Walaupun tak berulang seperti tahun sebelumnya.

Ana sering memikirkan maksud mimpi tersebut,. Adakah ia sekadar mainan tidur? Mungkinkah mainan tidur boleh berulang walaupun selepas setahun? Ahhhh.....malas nak fikir.. Semakin memikir kan nye, semakin gagal ana menafsir.

Mimpi berjalan dari hutan ke sebuah apartment.mimpi seorang perempuan tak dikenali menceritakan tentang dirinye. Ahhh....kalau mimpi dilamar puteri kayangan tak pe jugak..hee..

Apa-apa pun..mungkin ana yg gagal menafsir, atau hanya sekadar mainan dalam lena. Jika mimpi itu sememang nye memerlukan tafsiran,,semoga ianya akan terurai dengan kehendak-Nya









Thursday, August 26, 2010

Maha Melihat

Bismillahirahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..



Seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalan ditakdirku

Tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
Engkau lah saksinya

Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Mendengar
Kau Yang Maha Pemaaf
Pada-Mu hati bertaubat

Kau Yang Maha Pengasih

Kau Yang Maha Penyanyang
Kau Yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua berlindung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali untuk selamaya
Tapi hidup takkan bisa

Meski derai air mata






Sunday, August 22, 2010

UiTM Di Hatiku...

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Kesejukan malam dan renyai air hujan membawa ana merentas waktu. Merentas dimensi masa yang tak mungkin kembali. Terpahat dengan indah sebagai sebuah kenangan. Sebuah nama, sebuah cerita.


Masa sekali lagi menyesatkan ana. Gagal mengikuti frequency masa. Akibat nya, minda ini tertinggal pada sebuah dunia yg telah ditinggalkan. Sepanjang hujung minggu ini, ana ditemani seorang sahabat ana yg berkunjung ke UTP. Sahabat ana,bekas pelajar UTP yg kini berada di UiTM Kampus Seksyen 17 Shah Alam., atau lebih
dikenali sebagai International Education Centre (INTEC). Terbukti ukhwah itu tidak mengenal jarak dan tempat.

Sungguh, ana amat merindui INTEC. Kampus yg telah mengajar ana erti kehidupan, keutuhan ikatan ukhwah, definisi sebuah tawa dan erti sebuah tangis. INTEC UiTM, tempat berlegar-legar nya ana sebelum melangkah ke bumi UTP. Sehingga kini, ana tidak pasti langkahan ke bumi UTP ini adalah atas kerelaan ana atau tidak. Yang pasti, bumi ini yg tertulis untuk ana. Semoga ia tertulis dengan indah.

Setelah berbulan-bulan hidup di UTP, tidak keterlaluan jika ana katakan UiTM tetap di hati. Secara jujurnya, ana jauh merindui kehidupan di INTEC dan sangat2 tidak bersedia untuk meniti hari2 di bumi UTP ini. Sesekali ter
asa suatu kesedihan di hati mengimbau masa lalu.



Tapi, adalah amat pelik jika seseorang disesat
kan oleh masa kan. Walau apa pun yg dihamparkan di hadapan, itulah jalan nya. Jalan yg tersedia. Tersedia dengan penuh hikmah. Semoga langkahan keesokan hari bukan lagi langkahan yg lemah beralunkan penyesalan,, bertemankan kesedihan, tetapi langkahan itu mencipta sebuah detik baru. Mengurai sebuah rahsia. Mencari erti keindahan yg tersirat.





Its Tyme for FINAL...

Bismilahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH, the Most Gracious the Most Merciful..


FINAL..juz around the corner. Hopefully will use the remaining time to the fullfillness. Two days of weekends doing nothing. A frenz come at the wrong tyme actually, but never mind. Juz a simple thing. Will do 'something' for final from today. Promised it.


Hopefully diz sem will end with something that much much better than the previous. Pray hard for it. Believe ALLAH is always with me..

......final mood..........


Friday, August 13, 2010

Apakah Ada Ramadhan Buat Kita???

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful.


Begitulah Ramadhan berkunjung lagi
Pada keriuhan kita dengan kehidupan dini
Ramadhan menyapa kita penuh bersahaja,
Serta mengingatkan kita,
Sudah tiba masanya untuk kita bermusafir bersamanya.
Namun adakah benar kita memaknainya?
atau menganggapnya seperti satu perjalanan biasa sahaja?

Begitulah kita.
Berbeza dengan mereka
Mereka para sahabat Rasul tercinta
Mereka menyambut ramadhan dengan air mata
Rintihan taubat dan serta kemerduan alunan Al-quran
Sedangkan kita menyambut Ramadhan
dengan pelbagai menu dan resepi baru juadah berbuka

Mereka menyambut ramadhan dengan ketaatan,
Serta lamanya berdiri di atas sejadah
Kita menyambut ramadhan
dengan pembaziran menggila
serta lapar dan dahaga.

Bezanya kita dengan mereka
Mereka ternanti-nantikan kedatangan bulan ini
Untuk menyedut rahmahNya
menyedut maghfirahNya
Serta menyedut perlepasan dari api nerakaNya
Sedangkan kita
menantinya dengan keperitan.
‘Ah, sebulan kene berlapar dan dahaga!’
Tapi takpe pada kita: raya akan kunjung tiba!
Boleh peragakan baju dan langsir baru
Serta handbag dan kasut baru
Alangkah bezanya kita dan mereka!

Pemergian ramadhan bagi mereka ditangisi air mata
Pemergian ramadhan bagi kita diiringi sorak ria
serta juadah raya
Masjid nabawi dan Baitul Haram pasti dipenuhi barisan safff manusia
di sepertiga akhir ramadhan
Pesta ibadahnya meriah
dengan tarawikh dan tahajud
serta tilawah Alquran
Lailatul Qadr dicari-cari pada malam ganjil
Sehinggalah para sahabat bertemu dengannya
merasai kenikmatan seribu bulan itu.
Sedangkan masjid kita suram belaka,
Semu dari ibadah, solat mahupun al-Quran.
seolah-olah kita lupa akan sebuah hakikat.

Apakah ada ramadhan buat kita?


Sunday, August 8, 2010

Kenapa Air Mata Itu Mudah Mengalir??

Bismillahirrahmanirrahim,,
In the Name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..



Kesejukan malam mencengkam tubuh. Kepenatan setelah membelek-belek helaian demi helaian buku. Sebulan lagi, final akan bermula. Sungguh ana tidak mahu lagi seperti baru melangkah masuk ke UTP beberapa bulan dahulu. Waktu itu, ana kehilangan diri ana. Kehilangan dalam pencarian mencari erti sebenar-benarnya diri ini. Alhamdulillah,kini ana dipertemukan kembali dengan diri ana. Diri ana yang dulu. Diri ana yang ana rindui.

Kembali kepada tajuk entry. Kenapa air mata itu mudah mengalir? Ana tiada idea untuk menjawab soalan ney. Ada sesetengah orang yang amat sukar sekali untuk menitiskan air mata,walaupun setitik, tapi jelas tu bukan ana. Secara jujurnya ana memang mudah menitiskan air mata. Cuma orang2 di sekeliling ana yang tak tahu dan tak perasan. *biasa la, pandai cover..hee*

Cukup dengan memandang langit malam yang gelap boleh membuatkan air mata menitis di pipi ana. Cukup bersendirian di dalam bilik merenung ke arah air tenang di tasik membuat kan jiwa ini tersentuh. Kenapa begitu? Kerana itu adalah ana. Sebenar-benarnya diri ana. Ana tiada jawapan kenapa ana begitu mudah tersentuh dengan alam sekeliling ana. Ana mudah disentuh oleh gelap malam, mudah di sentuh oleh langit berhiaskan bintang, mudah tersentuh dengan alunan tenang air, mudah tersentuh dengan pandangan langit membiru dan mudah tersentuh oleh pandangan hijau melapang.

Begitu lemah diri ini. Begitu lalai hati ini. Ana mengharapkan pandangan langit biru menyentuh hati ana ke arah keinsafan, gelap malam membuai jiwa ana ke arah ketenangan, hiasan bintang benderang memacu diri ana ke arah impian, alunan tenang air membawa fikiran ke arah kedamaian dan lapangan menghijau mencetus pengharapan dalam diri. Pengharapan semoga diri ini sentiasa bersedia di tarbiyyah dan mentarbiyyah.

Wahai tuhan pencipta alam, pegangi lah hati hamba Mu ini ke arah jalan yang di redhai Mu



Saturday, August 7, 2010

Hadirkan Yang Terindah

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful..



#puisi Illahi


bisik angin menyapa hati,,
sampaikan rinduku menari bersama cahaya-Mu,,
rangkuman cerita tertulis,,
ukiran jiwaku setia memeluk di senja-Mu,,

ya Allah ya Rabbi,,
ya Rahman ya Rahim,,
sembah sujud hanya pada-Mu,,

rangkaian beribu kata,,

puisi yang terindah.. tercipta,,

atas nama-nama cinta,,
hadirkan yang terindah,,
ya Allah.. ya Allah




Thursday, August 5, 2010

Aku Yang Terpana, Aku Yang Terkesima..

Bismillahirrahmanirrahim,
In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful..


Salam Alaik~

Berjalan-jalan di kedai Buku Popular tanpa sebarang tujuan. Hanya meninjau-ninjau segenap ruangan kedai. Membelek-belek buku ya
ng di pamerkan. Kedai buku sememangnya menjadi destinasi wajib bagi ana apabila keluar dan sejujurnya juga ana amat tertarik dengan buku.(buku kimia, physic and seumpama dengannya tak valid untuk statement ney k.).

Langkah ana terhenti apabila sampai di satu ruangan bertulis "Malay Novel Reader's Choice". Mata ana tertangkap pada deretan abjad yang berbunyi "Biarlah YM Berbicara". Deretan abjad itu bagaikan magnet yang menarik ana untuk membelek2 novel sederhana tebal, membaca sedikit sinopsis.,.......dan seterusnya......... membawanya ke cashier.


Sememangnya dulu ana memang mempunyai minat me
mbaca novel2 n buku2 ney,Banyak buku telah ana habiskan dengan jayanya. Antara yang menjadi mangsa ialah Setulus Janji, Hatiku di Harajuku, Bagaikan Puteri, Adam dan Hawa...dan.....banyak lagi lah..malas nak type,tapi minat itu semakin hari semakin pudar, sehinggalah hari berjumpa "Biarlah YM Berbicara".

Sampai di bilik, ana menyelak muka surat pertama, "ermm.biase2 je",,Kedua...,"novel yg dlu lagi best kot", ketiga....."tak ada apa2 pun"....keempat,,"boleh la",,,,kelima,,,,,keenam,,,,,ketuj
uh,,, lapan,,,,sembilan,,,,,,,tiga puluh lima,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,enam puluh ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,....................... ............................................145.... TIDAKKK!!!!!!!!!!... sekali lagi ana dah terjerat. Terjerat dengan dunia novelis. Terjerat oleh bait kata,,, Terjerat oleh permainan rasa,, Terjerat oleh hobi lama.

Tanpa ana sedari, dah beratus muka surat ana lepasi.Kali ini ana betul-betul terjebak. Sama seperti beberapa tahun dahulu. Tu la..gatal pegi beli, sape suruh..kan dah...... Ana telah terpana dan terkesima. Terpana oleh permainan monolog. Terkesima oleh penyusunan abjad. "Biarlah YM Berbicara" sekali lagi me
nghidupkan kembali hobi lama ana tu. Fuhhh..

Ok..cerita sikit tentang novel yang menyaksikan ana sekali lagi terpana dan terkesima tu. Novel ney berkisar tentang Nurul Fatiha Adiya yg mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang, dan simpati, keliru apabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang sa
tu, dan perjalanan simpang siur permainan duniawi.Dah. Cerita sikit je.. Kalau tak nanti entry ney panjang sangat. Tak abes2 ana cerita.....heeee.



Andai ada ingkar dihati, menepis wujud disisi,
Andai bibir kelu untuk hujani,
bicara indah pada kemarau hati,
aku rela jemari menjadi penganti,
menarikan irama cinta kita,
bialah saja hati terus berbicara.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...