Wednesday, December 16, 2009

Selangkah Sebelum Melangkah

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


"Verily, along with every hardship is relief, Verily, along with every hardship is relief (i.e. there is one hardship with two relief's, so one hardship cannot overcome two relief's)."
[Surah Ash-Sharh 94: 5-6]



Langkah itu,
kadangkala terasa begitu lemah,
mesti di ancam detik waktu,
ianya terus lemah untuk kehadapan,
biar pun dipaksa dengan kerahan..

Telah ku kerah langkah itu,
bergerak laju mengejar waktu,
supaya langkah itu menjadi simbol kelajuan,

supaya momentum nya penuh dengan ketakjuban..

Dalam kelajuan itu ada bahaya,
dalam perjalanan itu ada halangan,
dalam jalan itu ada persimpangan,
dalam langkah itu ada dugaan dan ujian..

Langkah itu,

bergerak melangkaui ujian,
menempuh rintangan di hadapan,
menuju beribu lagi halangan,
semoga langkah itu,
terus bergerak dalam istiqamah..

Langkah itu menyaksikan seribu peristiwa,
langkah itu menjalani jutaan penceritaan,
langkah itu mencipta tangis dan tawa,
langkah itu menyusuri monolog,
langkah itu membentuk ikatan ukhwah,

langkah itu mengenal erti tarbiyyah..

Telah ku gerakkan langkah itu,
kerana langkah itu ialah langkah ku,
mencari cahaya ilmu dan keredhaan,
semoga langkah itu,
tidak tersasar dari jalan Nya


"makin kita mendekati, makin kita di uji, makin banyak kita berdoa, makin banyak ujian menimpa kerana segala yang di pinta tak datang dengan segera tetapi ia diperoleh apabila kita berjaya mangharungi ujian yang diberiNya. Sesungguhnya Allah tidak memberi apa yang kita mahu tetapi memberi apa yang kita perlu" - sebagai renungan bersama







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...