Friday, November 27, 2009

Nur Kasih - Cinta dan Pengorbanan

Bismillahirrahmanirrahim...





Hari ini berakhir lah sudah episod terakhir siri Nur Kasih. Drama Nur Kasih sebanyak 26 episod ney memang menjadi 'kegilaan' student2 CFSIIUM, INTEC. Budak2 asasi UiTM Shah Alam pun lebih kurang jugak. Setiap hari jumaat, pukul 9malam jer beramai2 lah pelajar2 INTEC n UiTM Shah Alam duduk dihadapan tv dan melayan cerita Nur Kasih ney..jiwang gak dak2 INTEC ney erk..hehe.. Lepas ney nampaknya Jumaat malam dah free ar sbb citer ney pun dah habis..haha..

Bagi ana, cerita ney memang mempunyai tarikan yang tersendiri. Mewujudkan sebuah persepsi baru dengan mengangkat tema cinta dan pengorbanan. Nur Kasih mengisahkan dua beradik yang mempunyai karektor yg sangat berbeza menjalani kehidupan mereka.....sebuah perjalanan yang menuntut pengorbanan..diuji dengan kedukaan yang dilalui dengan kesetiaan, ketaatan, kasih sayang dan ketabahan....mencari jalan keredhaan Illahi..

Apa yang hendak dilihat dalam siri ini ialah sebuah permata yang terselit disebalik mesej yg ingin disampaikan... sebab itulah apabila lecture2 menanyakan mengapa pelajar2 INTEC suka layan feel Nur Kasih, jawapan kami amat mudah......ingin mencari permata yang terpendam..he2

Apa2 pun ana memang kagum dengan jalan cerita ney.... Bagi ana ianya jelas menunjukkan erti pengorbanan, cinta, ketetapan Illahi dan hikmah disebalik setiap yang berlaku..


Nasib hidup dan pilihan,
lain untuk setiap insan,
mengharapkan perjalanan,
dalam maya kesamaran,

aku kembali kerana masih,
mencari yang hakiki,
sinar pasti,
janji suci yang abadi.

~nur kasih~


klik disini untuk link nur kasih..
klik disini untuk download nur kasih








Thursday, November 26, 2009

::Sem Break Hang Out::

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


Beberapa hari lepas, program sumpah setia pelajar tajaan JPA telah diadakan di Putrajaya. So, ana terpaksalah pergi ke Putrajaya untuk mengikuti program tersebut. Sekurang-kurangnya dapat jugak menghilangkan kebosanan cuti sem ney..hehe..

Selepas melafazkan ikrar taat setia pelajar JPA, ana bersama rakan2 ana menghabiskan masa sehari suntuk mengelilingi Putrajaya.. Oleh kerana ana terasa letih memandu selama hampir 4jam ke Putrajaya, so kat sana ana decide untuk tumpang kereta senior ana(sebenarnya nak jimat minyak...hehe).. Thanz kak fiza coz bagi tumpang kereta..haha..

Dekat area2 putrajaya ney..boleh pulak kak fiza pecut kereta dia tu sampai 200km dengan selambanya. Terasa macam naek roller coaster pulak....Tu lah yang terjadi apabila gadis engineering Universiti Teknologi Petronas berumur 19tahun memandu..clu xcaye tengok gambar kat bwah ney...


Sekarang dah caye??hehe

Ktowg plan nak tengok wayang, tapi tak taw pulak nak tengok movie apa....so pilih lah movie yg boleh memacu 'nurul adrenalina'!!!(nurul adrenalina tu sebenarnya name yg ktowg gune untuk menggantikan enzyme adrenaline...nmpk macam best cket..hehe).. tengok movie 2012..CGI movie ney memang power...

Oleh kerana ktowg baru lepas tengok movie yang agak 'berat', so ktowg pun decide nak makan yang berat2 jugak...lagi2 ada orang belanja ana kan....hahaha














Tuesday, November 24, 2009

Life and Circle




"when two different points and on a line meet and form a circle, that defines what life is. They don't really know each other, they might not do the same thing together, but at one point, they're interconnected"



What i wrote to a newly made friend.
Ukhwah is the nicest thing.
We don't live as a monomer...
together, we make polymers.
Happy ukhuwah, people. =)









Friday, November 20, 2009

Hidup dan Ana

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful


Selama ney ana sering mengertikan kehidupan dengan 3quotes yang mudah..tapi sejak2 ney ana tambah lagi satu pulak quote kehidupan dalam diri ana..menjadikan ianya 4.. 4 ungkapan mudah bagi ana tentang hidup ana:


1.Life : A Rolling Stone
- kehidupan ialah sesuatu yang berputar2 mengikut waktu dan ketetapan. kadang kala kita akan berada di satu puncak yang tertinggi, kadang2 pula kita akan tersungkur jatuh ke bawah dan seringkali pula kita akan berada di 'peripheral'..hehe..di mana pun kita berada pada masa itu, suatu probability yang tersangat-sangat sedikit untuk menemui persekitaran dan mendapat semangat yang sama tatkala berada di atas, dibawah ataupun di peripheral.LIFE : A ROLLING STONE


2.Life is an Academy
- kehidupan adalah suatu institusi pembelajaran. Setiap hari kehidupan mengajar sesuatu yang sangat abstrak...sama ada secara terang-terangan ataupun secara pencarian dalam kesamaran. Kesan daripada pembelajaran itu menjadikan diri lebih matang, lebih bijak menilai, lebih mahir menyuluh dalam kesamaran....apabila kehidupan itu gagal menjadi sebuah institusi pembelajaran, wujudlah sesuatu yg didefinasikan sebagai sesat dalam cahaya.LIFE IS AN ACADEMY


3.Life is a Climb
- kehidupan satu pendakian. Pendakian yang melelahkan....but...remember this...the view is great. Liku2 pendakian perlu dilalui walau terpaksa mengutip semangat suci di tanah yang gersang. Pendakian yang perlu diteruskan hingga ke puncak tertinggi demi menikmati suatu pemandangan yang indah. LIFE IS A CLIMB


4.Life is about Adventure
- erti kehidupan ana yang keempat. kehidupan ialah suatu pengembaraan. Seringkali ana datang dalam satu kelompok manusia dalam ikatan ukhwah, cuba memberi sedikit senyuman dan gelak tawa dalam kelompok tersebut, kemudian meneruskan pengembaraan kehidupan ke suatu kelompok manusia yang lain walaupun bukan dengan kerelaan ana. Dengan harapan tertulis lagi satu kisah yang sempurna dalam catatan pengembaraan...walaupun kisah selalunya tidak sempurna. Kehidupan sebagai seorang pengembara. Pengembara itulah yang menentukan pengembaraannya. Semoga pengembaraan itu ialah pengembaraan menuju keredhaan Allah s.w.t...insyaAllah..LIFE IS ABOUT ADVENTURE.






I can almost see it
That dream I'm dreaming but
There's a voice inside my head sayin,
You'll never reach it,
Every step I'm taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

The struggles I'm facing,
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down but
No I'm not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I'm going to remember most
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on, cause

There's always going to be another mountain
I'm always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm gonna to have to lose,
Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith
It's all about
The climb










Wednesday, November 18, 2009

Sebuah Cerita - Utuhnya Ukhwah Manisnya Islam

Bismillahirrahmannirrahim,
In the name of Allah, the Most Gracious The Most Merciful.

~salam alayk~


Hanya ingin berkongsi pengalaman ana yang tidak seberapa baru-baru ini. Masih lagi berkisar tentang pengembaraan di kota Melbourne. Selepas menarik nafas lega kerana telah menyempurnakan amanat yang diberikan, ana decide untuk menggunakan 2hari terakhir ana untuk beriktikaf di salah sebuah masjid di Melbourne (Londsdale mosque kalau tak silap). Actually ney bukan planning pertama ana..tapi oleh kerana ana rasa kurang bermaya untuk menyertai rakan2 ana yang bertebaran di sekitar Royal Park, so ana decide untuk mengikuti pelajar2 malaysia di fakulti perubatan melbourne untuk beriktikaf di salah sebuah masjid di kota ini.

Pada malam yang sejuk membeku itu, kami turut disertai oleh jemaah dari Monash. Mereka terdir
i daripada remaja belasan tahun dan sekitar 20-an. 2 orang daripada mereka merupakan HAFIZ 30juzuk Al-Quran. Seorang 15tahun dan seorang lagi 18tahun.Apa yang menariknya, mereka bukan lah dari kalangan bangsa Australia, British mahupun mana-mana bangsa yang berkulit putih. Mereka hanyalah berkulit ala2 hitam....kaum Rohingya yang didiskriminasi di negara sendiri. Sejujurnya mula2 ana berasa kurang selesa untuk bergaul dan bermalam dengan mereka apatah lagi makan dan minum bersama. Namun, selepas 1malam, ana mendekati beberapa dari mereka.

Apa yang ana nak kongsi disini ialah mengenai seorang hafiz 18tahun...HAFIZ 30juzuk Al-Quran....warganegara Myanmar yang terpaksa lari kerana pergolakan negaranya. Melarikan diri ke bumi Australia 6bulan lepas..dengan pengetahuan yang sangat sedikit tentang Australia, juga dengan penguasaan bahasa Inggeris yang sangat lemah. Beliau menceritakan perjalanan berlikunya ke bumi Australia. Mendengar ceritanya, berbisik dalam hati ana....Ya Allah...inikah balasanMu terhadap HAFIZ yang mana Kalam-MU tersemat dihatinya? Seolah-olah merasakan suatu ketidakadilan..Mengapa seorang Hafiz perlu menjalani hidup sebegitu??? Tidakkah ada pertolongan dari Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani??

Persoalan dalam hati ana terjawab apabila beliau menceritakan kisah beliau setelah tiba di Australia 6bulan lepas. Dari tidak tahu bertutur bahasa Inggeris, kini beliau petah berbicara. Beliau diberi sewa sebuah apartment dengan kadar yg cukup murah..mendapat pertolongan dari kerajaan...juga dapat menggunakan kefasihan berbahasa Arab untuk diajarkan kepada orang awam dan mendapat bayaran daripadanya.Beliau juga banyak menyertai pertandingan tilawah, dan memenanginya.

Selain itu, beliau juga mendapat tajaan untuk belajar. Apa sahaja yg beliau ingin belajar, kos tersebut akan ditanggung.. begitu juga dengan kos2 perubatan yg di tanggung sepenuhnya. MasyaAllah. Tersentak dalam hati ana. Bet
apa adilnya Allah. Ini semua adalah 'kerja' tuhan yang Maha Penyayang. Walaupun di Myanmar mereka diherdik, dihina, dihalau,di caci......tetapi ternyata rezeki mereka ada di bumi australia. Begitulah cara Allah membahagikan rezeki kepada makhluk-makhluknya. Dengan penuh hikmah dan bijaksana. Suatu pertolongan kepada hamba-Nya yang mana tersemat ayat suci di hati. Jika pelajar2 malaysia yang nak ke Australia terpaksa melalui SAMSA dan exam A-level, IELTS yang semestinya menguji kemampuan minda dan disulami dengan interview yg tak terduga..Maha Kuasa Allah telah menghantar mereka tanpa perlu melalui sebarang exam. Yang dilalui ialah ujian kehidupan yang tidak tertulis di atas kertas.

Selepas 2hari bersama, ana dapat merasakan ukhwah itu kian terjalin. Merasakan mereka seperti keluarga sendiri. Makan bersama, beramai2 bersama dan di akhir pertemuan tidak lebih 48jam itu, terasa sesuatu yg amat sedih bagaikan kami telah lama mengenali. Bilakah kami akan bertemu lagi???Ukhwah terjalin kerana Allah..hanya Allah yg tahu. Inilah kemanisan Islam dan keutuhan ukhwah.Walaupun kita berbeza warna kulit, berbeza bahasa,namun kita mempunyai TUHAN yg sama, NABI yang sama dan AGAMA yg sama..kita adalah sekeluarga........




Ukhwah yg terbina,,
persis sekuntum bunga,,
Meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya,,
Bersama memijak onak duri,,
di tanah gersang mengutip semangat suci,,
kini tersemat di sanubari...
Bertemu berpisah kerana Allah,,
lumrah kehidupan insan beriman.....


~salam ukhwah~









Wednesday, November 11, 2009

++FiVe++

Bismillahhirrahmanirrahim
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful


5000km ke arah selatan Malaysia,
5jam waktu terpisah,
500 soalan perlu di jawab,
50 persamaan kimia perlu diselesaikan,
5 jam masa diberi,
5 jam kalkulator tak lekang di tangan,
5 jam neuron di kerah,
5 jam pen menari-nari,
the outcome???
InsyaAllah...it will be the best that we can



Tuesday, November 10, 2009

Coretan Perasaan

Bismillahhirrahmanirrahim
In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful


Meneruskan pengembaraan kehidupan yang penuh suka dan duka. Ana meneruskan langkah ke Melbourne membawa harapan Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Walaupun pada dasarnya hati ana sedikit berkecamuk dan merasakan suatu kehilangan, ana tetap memikul amanat yang diberikan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada diri ana dalam pengembaraan mencari keredhaan Illahi.

8.40malam...di balai berlepas KLIA, dengan perasaan hiba bercampur-baur dengan sesuatu yang tidak pasti. Pensyarah ana memberi amanat terakhir kepada ana..
' saya amat mengharapkan awak selaku pembimbing siswa INTEC dapat mengetuai kumpulan ke Melbourne. Saya tahu kemampuan dalam diri awak. Selamat 'bermain' dengan kemampuan sebenar'.

Ana mengerti akan amanat itu. Tetapi bukan perkara itu yang bermain dalam kotak fikiran ana.Bukan quiz kimia yang ana fikirkan. Sebaliknya neuron2 ana sedang memikirkan sesuatu yang lain. Perasaan ana membawa ana jauh. Fikiran ana terus melayang. Memikirkan sesuatu yang ana tak pasti..atau ana yang buat-buat tak pasti??? Bialah ana simpan sahaja di dalam hati. Seorang sahabat ana menyedarkan ana dari terus sesat dalam perasaan yang menganggu.
"ooi..nape diam jer ney?? Ko kan selalu buat ktowg ketawa..nape ney?? Macam orang mati bini jekk...hahaha".. Ana tidak mengendahkan sapaan itu dan terus diam seribu bahasa.

8.55malam...handset dimatikan. Semua duduk di tempat masing-masing. Pesawat akan mula memacu di awan biru.Meninggalkan bumi malaysia beribu-ribu kilometer untuk seminggu...Juga meninggalkan tentang apa yang ana fikirkan,,mungkin untuk selama-lamanya kerana itulah realiti.. Tetapi ana tahu ana tak mungkin mampu mengikisnya dari kotak fikiran ana..Sesungguhnya ana merasakan diri ana sangat lemah dan tak berdaya...ana merasakan diri ana kehilangan sesuatu.. ana merasakan suatu ketidaksempurnaan. Ana merasakan suatu kerinduan yang terpendam

Tidur malam nyanyikan lagu,,,
rindu hatiku yang terpendam,,,
bintang malam lukis wajahku,,,
katakan aku pergi...

genggamlah cinta yang ku berikan,,,
simpanlah selalu dalam hati,,,

ku akan selalu dalam mimpimu,,,
menemani tidurmu...


~khatimah cinta~



"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya engkaulah yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Hidup dan matiku hanya kerana-MU Ya Allah. Kasih dan sayangku hanya atas keizinan-Mu dan berlandaskan kepada-Mu. Takdirku di tentukan oleh Mu Tuhan Yang Maha Adil."









Wednesday, November 4, 2009

++Aku Lemah Tanpa 'Kamu'++

Assalamualaikum..

2hours in front of computer,
2hours of trial and errors,
2hours of head-crunching,
2hours of idea drainage,
the outcome?
errm....
I don't know....should be better....kot....
~end~

its make up a new incompleted story








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...