Friday, May 25, 2012

Andai Mampu ku Ikhlaskan

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Sinaran pagi mula menyingkap dunia sebelah sini....semoga sinaran mentari itu juga akan menerangi hati-hati yang mula kelam dengan cahaya pengharapan yang baharu...

walau malam di lalui dengan penuh derita,, ku lakarkan senyuman pagi hari. kerana hari ini aku masih lagi mampu belajar sesuatu daripada dunia..

Dunia sekali lagi memberi aku peringatan,, Berhati-hati dalam setiap langkah. Dugaan ada di mana-mana.. Terima kasih kepada dugaan, tanpanya hati ini lemah, terima kasih kepada air mata, tanpanya aku bukan manusia!!

Pernah dahulu aku daif memandang dunia.. Ku anggap mereka yang ku kenal itu sahabat. Ku anggap setiap perkataan itu benar. Ku anggap setiap gelak tawa itu asli. Ku anggap setiap kata maaf itu ikhlas. Setelah hari mula menginjak, aku mula belajar bukan semua yang ku kenal itu sahabat, bukan setiap kata itu benar, bukan setiap gelak tawa itu asli, bukan setiap kata maaf itu ikhlas. Sebab itu lah manusia di kurniakan akal fikiran, itu memikirkan yang mana benar dan tidak, yang mana hak dan yang mana batil...

Melihat cahaya pagi hari, aku ingin melupakan semua yang berlaku semalam. Ingin sekali ku bawa hati jauh merentasi waktu. Ingin aku menjelajah ke satu dunia yang tiada siapa mengenali ku, agar aku kembali yakin pada sebuah erti sahabat, agar aku kembali yakin pada setiap kata, agar aku kembali yakin pada setiap tawa.

Ingin aku pergi ke dunia.. tanpa sebarang fitnah dan tipu daya.. tapi mustahil untuk aku jumpa di alam fana... Hidup di janjikan dengan bermacam dugaan. Di sulami berbagai tipu daya. 

"Namun tidaklah ada seorang pun di dunia ini yang beriman tanpa diuji. Janji-janji ALLAH kadangkala penuh teka-teki".

Sesuatu yang paling sukar untuk di ajar pada hati.. Sebuah keikhlasan.   Kata yang hanya mampu di ungkap pada bibir tapi belum tentu terpahat pada hati. Apabila datang satu fitnah,cuba aku maafkan dengan ikhlas, apabila datang satu dugaan, cuba aku ajarkan hati menerima dengan ikhlas. Cuba dan terus mencuba,, seringkali aku gagal... sebab aku tidak lebih dari insan yang lemah...

Ingin aku ikhlaskan dan memaafkan segala apa yang berlaku. Biar aku berdiam diri,.. jauh di sudut bumi sebelah sini. Menginsafi diri yang lemah,, lemah terbuai mimpi.

"Pencipta hatiku, selitkan keikhlasan dalam sanubari ini, agar pabila ada fitnah datang, sediakan aku memaafkan pelakunya, andai ada dugaan datang, sedia kan aku dengan hati yang ikhlas menempuhnya.. Ajarkan hati ku,, erti keikhlasan hati"...

 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...