Bismillahirahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..
Dalam kebosanan bercampur baur dengan kesedihan, ketidakfahaman, kecelaruan fikiran dan macam-macam lagi rasa yang di blend dengan sempurna, tiba-tiba ternampak satu entry yang tak siap ni dekat draft.,.. sepatutnya entry ni dah di post berzaman dah..dari dulu lagi.. tak apa, walaupun terlambat,, just continue je entry ni,,.
Memandangkan hari ni aku tak berapa nak happy, so nak bercerita sikit untuk menghilangkan kesedihan di hati...just to share.... Alhambra... mungkin korang pun tahu apa Alhambra ni,,.. tak peduli lah korang tahu tak, aku tetap nak teruskan cerita.. Alhambra sebenarnya nama sebuah istana yang terletak di Granada, Andalusia ataupun nama sekarang korang panggil Spain, negara yang masuk EURO2012 tuu... Apa istimewanya Alhambra ni????
Alhambra ni sebenarnya menjadi saksi satu peristiwa hitam. Sebelum tu,sebenarnya apa yang aku tahu, nama Alhambra berasal dari bahasa Arab, hamra, dulu masa spm belajar kalau humaira tu putih kemerah-merahan betul tak?? So hamra ni bermaksud merah. Istana Alhambra membawa erti istana merah......betulkan kalau salah ye.Istana Alhambra ni sebenarnya satu simbolik kemuncak Islam di bumi Sepanyol. Islam masuk dekat bumi Sepanyol ni dengan pimpinan Thariq bin Ziyad melalui Morocco. Sebab tu lah selat antara Morocco dan Sepanyol diberi nama Jabal Thariq.
Berabad-abad pemerintahan Islam di bumi antara dua benua ni berkembang. Sampai lah Cardoba menjadi kota pemerintahan Sepanyol yang kuat... Satu monumen penting di dirikan di Cardoba, iaitu Masjid Cardoba.. Korang tahu tak masjid Cardoba tu dekat mana sekarang???
Masjid Cardoba telah bertukar menjadi gereja!.. ye.. gereja Santa Maria ataupun Virgin of Assumption! Sebab apa benda ni berlaku?? Semuanya bermula apabila Raja Ferdinand kelima kalau tak silap (boleh pulak kalau) berkahwin dengan Ratu Isabella.. Melalui perkahwinan ni, kerajaan Kristian telah di satukan dan rancangan menakluki Sepanyol or Andalusia dari pemerintahan Islam bermula.. Pada masa yang sama, Kerajaan Islam Sepanyol ketika itu di bawah pimpinan Sultan Muhammad XII Abu Abdillah mengalami perpecahan akibat kelemahan dan kepincangan sistem politik.. Perpecahan ini mendorong Raja Ferdinand mengepung Granada, tempat Istana Alhambra tu selama 7bulan!!!!.. Kubu terkuat kerajaan Islam itu tunduk kepada serangan kerajaan kristian pada tahun 1492 selepas 8abad memperkukuh empayar di bumi Sepanyol... Ye..setelah LAPAN ABAD!!!
kejayaan Raja Ferdinand kelima telah membuatkan dia mendapat gelaran Catholic Monarch, Los Rotal Catholic ataupun dalam bahasa yang senang nak sebut, Raja Katolik.. Selepas tunduknya Alhambra kepada kerajaan Ferdinand, orang Islam hanya di tinggalkan dengan dua pilihan.,. Pertama, bertukar agama ke Katolik atau pun keluar dari Sepanyol, tempat kelahiran mereka. Kengganan bererti maut!!! no other choice was given.
Ney masjid cardoba sekarang.. dah ada lambang salib dah..tak jadi masjid lagi |
Bermula dari situ, strategi menguburkan Islam di Sepanyol dilancarkan. Bermula lah episod pelarian masyarakat Islam dari bumi Sepanyol dan kota Alhambra serta jalan-jalan Granada bermandi darah.. Darah mereka yang mempertahankan agama ALLAH..
Harta-harta orang Islam di bumi sepanyol di hapuskan, rumah mereka di bakar, maruah mereka di injak-injak.. Hampir semua masjid di pelosok Sepanyol di robohkan dan di ganti dengan Gereja.. Kitab-kitab tulisan sarjana dan ayat-ayat suci Al Quran menjadi debu.... Ada yang di simen dan di sembunyikan. Kesannya dapat dilihat di universiti Granada.
Kota Alhambra yang tersergam indah telah menyaksikan seribu penderitaan masyarakat ketika itu... Darah membasahi tanah-tanah merah.. Tulisan sarjana Islam dan ayat-ayat Al Quran menjadi debu yang hanyut di sungai. Masjid Agung Cardoba bertukar kiblat.... Lambang salib di angkat di setiap masjid dan masjid-masjid ditukar menjadi gereja!!
Kenapa benda ini berlaku??????
Kerana perpecahan umat dan kepincangan akar umbi pemerintahan...
Kerana perbalahan sesama pemimpin
Kerana perpecahan masyarakat, fitnah, tipu daya dan bermacam macam lagi..
KERANA CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI
"the men who forgot the history will repeat it!"
perkataan kat atas ni rasa-rasanya macam ada kat buku form 4 sejarah spm je kat bahagian footer tu.. maklumlah nak spm dulu2 hafal buku teks....ahakss!
perkataan kat atas ni rasa-rasanya macam ada kat buku form 4 sejarah spm je kat bahagian footer tu.. maklumlah nak spm dulu2 hafal buku teks....ahakss!
Sejarah hitam ini berlaku kerana perpcahan umat Islam...
Kalau kita lihat,Apa bezanya zaman itu dengan sekrang????
Puak-puak yang cetek pemikiran walaupun berkelulusan tinggi menggunung angkuh dengan pendapat mereka!
Puak-puak jahil beragama berlumba-lumba melumuri kesucian agama ALLAH dengan lumpur-lumpur kekeliruan!!!
Masyarakat lebih mencinta kerjaan dunia dari kerjaan akhirat!!!
Asas kecintaan adalah kepada duniawi bukan tauhid kepada ALLAH!!
Islam seharusnya menjadi wacana perpaduan bukan perpecahan.
So, sebagai umat Islam, seharusnya kita bersatu padu dan membentuk ukhuwwah sesama umat...
So, sebagai umat Islam, seharusnya kita bersatu padu dan membentuk ukhuwwah sesama umat...
Bukankah ukhuwwah itu indah?? Elakkan persengketaan sesama sendiri,,, Buangkan perasaan dengki,fitnah menfitnah, caci mencaci, dan juga tamakkan harta dan pangkat.
Kepada mereka yang tidak mengenali Islam, ketahui lah,, jika terlihat buruk imej islam sekarang, itu bukan bererti Islam tidak lengkap, tetapi adalah kerana kesilapan umatnya sendiri, bukan pada agamanya.
Katakan jika sebuah rumah itu cantik dan lengkap, tetapi penghuni rumahnya tidak menjaga kebersihan dan barang-barang di rumah itu sehingga terlihat buruk pada pandangan mata, wajarkah rumah itu yang dipersalahkan atau penghuninya yang harus di pertanggungjawabkan???
Fikirkan lah..anda tahu jawapannya..=)
No comments:
Post a Comment