Sunday, May 27, 2012

3 Benda Kegilaan ku


Baru week-week first kuliah start ni rasa macam rajin pulak nak update blog... tak apa.. lepas ni mungkin lama menyepi.. tengok jadual dan nama subjek yang daftar sem ni, rasa macam tak kan berpeluang je nak update entry lagi...

Entry kali ni, aku just  nak list out  benda apa yang membuatkan duit-duit aku sentiasa mengalir keluar..untuk panduan aku jugak nanti..haha.... Bila aku fikirkan, aku ni sebenarnya banyak habiskan duit dekat 3 benda.... Apa boleh buat.... Aku memang gila  kan ketiga-tiga tu!!!


PAKAIAN

Ok..siapa cakap lelaki akan pakai pakaian yang sama untuk hampir setiap masa dan tak suka habiskan duit kat pakaian??? Aku rasa benda ni lah yang paling banyak menghabiskan duit aku.Dah la kat kedai tu baju lelaki susah nak jumpa yang murah berbanding perempuan..


Aku memang suka beli pakaian. tak kira lah baju ke seluar ke... Walaupun dah banyak, aku tetap akan membeli yang baru, sampai ada tu aku pakai tak sampai 3 kali pun,, terus terperuk kat almari..sampai lah satu almari besar kat rumah aku,yang sizenya untuk menyimpan pakaian suami isteri penuh dengan pakaian aku seorang je... Kat hostel pun lebih kurang jugak, tapi memandangkan almari yang  ada kat hostel ni kecil dan rumah aku pun memang jauh yang teramat dari universiti ni, so aku hanya mampu membawa tak sampai dari satu persepuluh dari pakaian kat dalam  almari tu ke sini......



One day nanti kalau aku kahwin, aku tak kisah kalau isteri suka stop dekat kedai baju.. Sebab aku pun suka jugak!Tempat yang memang jadi favourite aku untuk habiskan duit bab-bab pakaian ni ialah romp boutique dan zara boutique.. rasanya koramg pun tahu mana ni...Selalu jugak aku dapatkan online je especially dari http://www.zalora.com.my/


Bagi aku, pemakaian adalah salah satu cara ekspresi diri... Atau perkataan lain, diri itu di eksperesi kan melalui pakaian... apa kau belit2 ni Is.. Tapi aku rasa memang kebiasaan masyarakat Asia memang suka kumpul pakaian.. Not like american yang boleh pakai satu t-shirt or singlet then pergi berjalan tak kira lah masuk hutan ke masuk shopping complex sama ja.. Orang Asia memang suka kan fesyen dan menganggap fesyen adalah satu cara ekpresi yang terbaik.


GADJET

Gadjet  aku rasa memang jadi kegilaan ramai, termasuk lah aku, tapi sayang, budget tak pernah nak cukup...sebab tu lah handset nokia 5800 yang dah masuk dua tahun setengah tu tak bertukar-tukar dan takde niat pun nak tukar. Harap-harap tak rosak dalam2,3 tahun lagi..=)

Gadjet memang aku tak boleh nak elak,, sebab kebanyakkan kan nya bagi aku memang keperluan macam laptop, handset, kamera, GPS untuk orang yang selalu sesat jalan macam aku memang lah penting..

Tapi ada dua gadjet yang memang menjadi kesayangan selepas laptop dan handset yang memang bertahta di hati dan sentiasa jadi peneman terutamanya waktu nak tidur dan dalam perjalanan jauh yang membosankan...iaitu ipod nano dan juga original monster beat studio by dr dre...



ipod dengan monster beat ni memang gabungan yang aku rasa berbaloi aku spend duit.. Monster beat ni aku dapat kan dekat official website monsterbeat malaysia.. Klik sini kalau korang berminat...... Ada dua je tempat yang boleh dapatkan monster beat yang original,, iaitu dari Apple store or IMAC,, n dari website dia..




BUKU..

Wahhh,, bagusnya giler buku.. tapi  sayang bukan semua buku yang aku beli aku baca sampai habis..hahaa..




Buku memang jadi favourite aku untuk di beli tapi tak semstinya untuk di baca... Sama jugak macam pakaian tadi,, satu bilik kat rumah aku tu dah di penuhi dengan buku sampai aku susah dah nak susun... Kebanyakan buku yang aku beli biasanya dalam genre novel tarbiyyah dewasa. Ada jugak yang bukan fiction macam "Iskandar adalah Zulqarnain', 'Why Men Don't Listen' and 'Women Don't Read Map' dan macam-macam lagi lah...

kalau genre novel, buku Habiburrahman El Shirazi memang pilihan utama, Dari dalam mihrab cinta sampai bumi cinta, aku rasa garapan dia sangat menarik... Kalau aku kira-kira,, buku yang aku beli boleh buat perpustakaan mini dah.. Tapi ada jugak dari buku-buku tu aku tak habis baca, baca suku n etc.. Macam Sebarkan Cinta tulisan Fatimah Syarha.. Fatimah Syarha ni penulis popular malaysia rasanya tapi mungkin cara dia menulis tak sama dengan cita rasa aku,,, so aku baca 100muka surat je buku tu dari 700++.. tapi bukan bermakna tak best ye..Lain orang kan lain cita rasa.. Ada satu buku yang di tambah kat koleksi aku, "Pemilik cintaku Setelah ALLAH dan Rasul",, ni pun tulisan Fatimah Syarha jugak tapi yg ni cormform habis baca.hee


3 kategori benda dekat atas ni memang susah aku nak resist.... Tapi apa-apa pun, jangan sampai terlebih membazir,.tak elok... pesanan dari diri sendiri untuk diri sendiri dan sesiapa yg sudi di pesan.



    



Friday, May 25, 2012

Alhambra......Mengalirnya Darah Itu


Bismillahirahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Dalam kebosanan bercampur baur dengan kesedihan, ketidakfahaman, kecelaruan fikiran dan macam-macam lagi rasa yang di blend dengan sempurna, tiba-tiba ternampak satu entry yang tak siap ni dekat draft.,.. sepatutnya entry ni dah di post berzaman dah..dari dulu lagi.. tak apa, walaupun terlambat,, just continue je entry ni,,.



Memandangkan hari ni aku tak berapa nak happy, so nak bercerita sikit untuk menghilangkan kesedihan di hati...just to share.... Alhambra... mungkin korang pun tahu apa Alhambra ni,,.. tak peduli lah korang tahu tak, aku tetap nak teruskan cerita.. Alhambra sebenarnya nama sebuah istana yang terletak di Granada, Andalusia ataupun nama sekarang korang panggil Spain, negara yang masuk EURO2012 tuu... Apa istimewanya Alhambra ni????


Alhambra ni sebenarnya menjadi saksi satu peristiwa hitam. Sebelum tu,sebenarnya apa yang aku tahu, nama Alhambra berasal dari bahasa Arab, hamra, dulu masa spm belajar kalau humaira tu putih kemerah-merahan betul tak?? So hamra ni bermaksud merah. Istana Alhambra membawa erti istana merah......betulkan kalau salah ye.Istana Alhambra ni sebenarnya satu simbolik kemuncak Islam di bumi Sepanyol. Islam masuk dekat bumi Sepanyol ni dengan pimpinan Thariq bin Ziyad melalui Morocco. Sebab tu lah selat antara Morocco dan Sepanyol diberi nama Jabal Thariq.





Berabad-abad pemerintahan Islam di bumi antara dua benua ni berkembang. Sampai lah Cardoba menjadi kota pemerintahan Sepanyol yang kuat... Satu monumen penting di dirikan di Cardoba, iaitu Masjid Cardoba.. Korang tahu tak masjid Cardoba tu dekat mana sekarang???



Masjid Cardoba telah bertukar menjadi gereja!.. ye.. gereja Santa Maria ataupun Virgin of Assumption! Sebab apa benda ni berlaku?? Semuanya bermula apabila Raja Ferdinand kelima kalau tak silap (boleh pulak kalau) berkahwin dengan Ratu Isabella.. Melalui perkahwinan ni, kerajaan Kristian telah di satukan dan rancangan menakluki Sepanyol or Andalusia dari pemerintahan Islam bermula.. Pada masa yang sama, Kerajaan Islam Sepanyol ketika itu di bawah pimpinan Sultan Muhammad   XII Abu Abdillah mengalami perpecahan  akibat kelemahan dan kepincangan sistem politik.. Perpecahan ini mendorong Raja Ferdinand mengepung Granada, tempat Istana Alhambra tu selama 7bulan!!!!.. Kubu terkuat kerajaan Islam itu tunduk kepada serangan kerajaan kristian pada tahun 1492 selepas 8abad memperkukuh empayar di bumi Sepanyol... Ye..setelah LAPAN ABAD!!!



kejayaan  Raja Ferdinand kelima telah membuatkan dia mendapat gelaran Catholic Monarch, Los Rotal Catholic ataupun dalam bahasa yang senang nak sebut, Raja Katolik.. Selepas tunduknya Alhambra kepada kerajaan Ferdinand, orang Islam hanya di tinggalkan dengan dua pilihan.,. Pertama, bertukar agama ke Katolik atau pun keluar dari Sepanyol, tempat kelahiran mereka. Kengganan bererti maut!!! no other choice was given.

Ney masjid cardoba sekarang.. dah ada lambang salib dah..tak jadi masjid lagi

Bermula dari situ, strategi menguburkan Islam di Sepanyol dilancarkan. Bermula lah episod pelarian masyarakat Islam dari bumi Sepanyol dan kota Alhambra serta jalan-jalan Granada bermandi darah.. Darah mereka yang mempertahankan agama ALLAH..

Harta-harta orang Islam di bumi sepanyol di hapuskan, rumah mereka di bakar, maruah mereka di injak-injak.. Hampir semua masjid di pelosok Sepanyol di robohkan dan di ganti dengan Gereja.. Kitab-kitab tulisan sarjana dan ayat-ayat suci Al Quran menjadi debu.... Ada yang di simen dan di sembunyikan. Kesannya dapat dilihat di universiti Granada.


Kota Alhambra yang tersergam indah telah menyaksikan seribu penderitaan masyarakat ketika itu... Darah membasahi tanah-tanah merah.. Tulisan sarjana Islam dan ayat-ayat Al Quran menjadi debu yang hanyut di sungai. Masjid Agung Cardoba bertukar kiblat.... Lambang salib di angkat di setiap masjid dan masjid-masjid ditukar menjadi gereja!!

Kenapa benda ini berlaku??????

Kerana perpecahan umat dan kepincangan akar umbi pemerintahan...

Kerana perbalahan sesama pemimpin

Kerana perpecahan masyarakat, fitnah, tipu daya dan bermacam macam lagi..

KERANA CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI


"the men who forgot the history will repeat it!" 
perkataan kat atas ni  rasa-rasanya macam ada kat buku form 4 sejarah spm je kat bahagian footer tu.. maklumlah nak spm dulu2 hafal buku teks....ahakss!

Sejarah hitam ini berlaku kerana perpcahan umat Islam...

Kalau kita lihat,Apa bezanya zaman itu dengan sekrang????

Puak-puak yang cetek pemikiran walaupun berkelulusan tinggi menggunung angkuh dengan pendapat mereka!
 
Puak-puak jahil beragama berlumba-lumba melumuri kesucian agama ALLAH dengan lumpur-lumpur kekeliruan!!!
 
Masyarakat lebih mencinta kerjaan dunia dari kerjaan akhirat!!!
 
Asas kecintaan adalah kepada duniawi bukan tauhid kepada ALLAH!!


Islam seharusnya menjadi wacana perpaduan bukan perpecahan.

So, sebagai umat Islam, seharusnya kita bersatu padu dan membentuk ukhuwwah sesama umat... 
Bukankah ukhuwwah itu indah?? Elakkan persengketaan sesama sendiri,,, Buangkan perasaan dengki,fitnah menfitnah, caci mencaci, dan juga tamakkan harta dan pangkat.

Kepada mereka yang tidak mengenali Islam, ketahui lah,, jika terlihat buruk imej islam sekarang, itu bukan bererti Islam  tidak lengkap, tetapi adalah kerana kesilapan umatnya sendiri, bukan pada agamanya.

Katakan jika sebuah rumah itu cantik dan lengkap, tetapi penghuni rumahnya tidak menjaga kebersihan dan barang-barang di rumah itu sehingga terlihat buruk pada pandangan mata,  wajarkah rumah itu yang dipersalahkan atau penghuninya yang harus di pertanggungjawabkan???

Fikirkan lah..anda tahu jawapannya..=) 








Andai Mampu ku Ikhlaskan

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful...


Sinaran pagi mula menyingkap dunia sebelah sini....semoga sinaran mentari itu juga akan menerangi hati-hati yang mula kelam dengan cahaya pengharapan yang baharu...

walau malam di lalui dengan penuh derita,, ku lakarkan senyuman pagi hari. kerana hari ini aku masih lagi mampu belajar sesuatu daripada dunia..

Dunia sekali lagi memberi aku peringatan,, Berhati-hati dalam setiap langkah. Dugaan ada di mana-mana.. Terima kasih kepada dugaan, tanpanya hati ini lemah, terima kasih kepada air mata, tanpanya aku bukan manusia!!

Pernah dahulu aku daif memandang dunia.. Ku anggap mereka yang ku kenal itu sahabat. Ku anggap setiap perkataan itu benar. Ku anggap setiap gelak tawa itu asli. Ku anggap setiap kata maaf itu ikhlas. Setelah hari mula menginjak, aku mula belajar bukan semua yang ku kenal itu sahabat, bukan setiap kata itu benar, bukan setiap gelak tawa itu asli, bukan setiap kata maaf itu ikhlas. Sebab itu lah manusia di kurniakan akal fikiran, itu memikirkan yang mana benar dan tidak, yang mana hak dan yang mana batil...

Melihat cahaya pagi hari, aku ingin melupakan semua yang berlaku semalam. Ingin sekali ku bawa hati jauh merentasi waktu. Ingin aku menjelajah ke satu dunia yang tiada siapa mengenali ku, agar aku kembali yakin pada sebuah erti sahabat, agar aku kembali yakin pada setiap kata, agar aku kembali yakin pada setiap tawa.

Ingin aku pergi ke dunia.. tanpa sebarang fitnah dan tipu daya.. tapi mustahil untuk aku jumpa di alam fana... Hidup di janjikan dengan bermacam dugaan. Di sulami berbagai tipu daya. 

"Namun tidaklah ada seorang pun di dunia ini yang beriman tanpa diuji. Janji-janji ALLAH kadangkala penuh teka-teki".

Sesuatu yang paling sukar untuk di ajar pada hati.. Sebuah keikhlasan.   Kata yang hanya mampu di ungkap pada bibir tapi belum tentu terpahat pada hati. Apabila datang satu fitnah,cuba aku maafkan dengan ikhlas, apabila datang satu dugaan, cuba aku ajarkan hati menerima dengan ikhlas. Cuba dan terus mencuba,, seringkali aku gagal... sebab aku tidak lebih dari insan yang lemah...

Ingin aku ikhlaskan dan memaafkan segala apa yang berlaku. Biar aku berdiam diri,.. jauh di sudut bumi sebelah sini. Menginsafi diri yang lemah,, lemah terbuai mimpi.

"Pencipta hatiku, selitkan keikhlasan dalam sanubari ini, agar pabila ada fitnah datang, sediakan aku memaafkan pelakunya, andai ada dugaan datang, sedia kan aku dengan hati yang ikhlas menempuhnya.. Ajarkan hati ku,, erti keikhlasan hati"...

 







Monday, May 21, 2012

Lantera Cinta Albaicin

Bismillahirrahmanirahim
In the name of ALLAH the Most Gracious the Most Merciful..


Rasa macam dah lama tak buat review untuk buku kan. So post kali ni story pasal buku sikit.

Lantera Cinta Albaicin., judul yang keberapa tak tahu dah,,., rasa macam dah penuh je rak buku kat rumah tu.... Tak sangka sejak dari sekolah menengah sampai sekarang banyak jugak novel yang aku beli n baca.. Memang kalau aku masuk kedai buku, area first yang aku akan pergi and melekat paling lama ialah kawasan novel... Satu-satu novel aku tengok cover dia,,, lepas tu diri lama-lama kat situ..ahha



Ok...berbalik kepada review buku. Lantera Cinta Albaicin ni novel dari genre tarbiah dewasa. Aku tambah novel ni kat koleksi aku sebab genre dia and aku tertarik dengan cover dan perkataan "Albaicin" kat tajuk tu. Novel ni sebenarnya berkisarkan tentang pandangan sinis masyarakat barat yang menganggap Islam sebagai agama yang mengekang hak asasi manusia dan keghairahan mesyarakat barat yang melabelkan Islam sebagai agama teroris dan agama ortodoks. Islam di anggap sebagai agama yang memundurkan peradaban dan pemikiran. Tema ini diangkat melalui watak Muhammad Salehuddin yang ingin memerdekakan pemikiran orang-orang yang skeptical terhadap Islam.

Cerita ini berlatarbelakangkan bumi Granada, Sepanyol. Permulaan cerita ni mengisahkan Muhammad Salehuddin menjejakkan kaki ke bumi Granada untuk melunasi ikrar yang sudah terpateri untuk membantu memastikan cahaya dari obor Islam terus menerangi lorong suram di tanah al- Andalus.

Bagi aku, penceritaan dalam cerita ni boleh dikatakan biasa sahaja. Teknik penceritaan agak mudah.Tapi penulis banyak cover kelemahan yang ada dengan cuba menghidupkan suasana di Granada.. Secara overall sebuah buku yang agak bagus... tapi bukan yang terbaik pernah aku baca untuk genre macam ni... mengangkat tema yg menarik dan menggunakan tagline "dalam berkongsi cahaya, dia di uji dengan persona" ,, tapi aku rasa macam momentum dia tak berapa sampai.. atau aku yang tak hayati..haha... Aku rasa untuk genre ni, buku terbaik yang pernah aku baca ialah Bumi Cinta karya Habiburrahman El- Sharazi.. Mungkin sebab aku membandingkan buku ni dengan karya best seller Bumi Cinta dan teknik pencerirtaan di bumi Russia,, so aku rasa buku ni berada pada tahap memuaskan.. 

Ayat yang paling sesuai boleh aku rumuskan untuk menggambarkan keseluruhan buku ni...

"Namun tidaklah ada seorang pun di dunia ini yang beriman tanpa diuji. Janji-janji ALLAH kadangkala penuh teka-teki".



 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...